Saturday, November 27, 2010

Masihkah ada sinar cinta 2

Itu adalah kisah yang berlaku lebih kurang sebulan lepas..sekarang aku sudah bergelar tunang kepada Adrian Zafran, anak pakcik Azhar dan Makcik Mila..Tapi suatu tanda tanya dalam diriku saat ini..aku hanya mendengar nama tunangku..namun bagaimana rupanya, suaranya tak pernah aku tahu…Entah siapa tunanganku..aku tak tahu memandangkan dia belajar di luar negara. Dia cuma akan berada di sini seminggu sebelum tarikh pernikahan..


Akhirnya aku berpeluang menemuinya secara bersemuka..namun kami berbicara jauh dari pandangan keluargaku…Dan aku tidak pernah keluar dengan lelaki bukan muhrimku terasa amat janggal sekali…

“Awak tahu kan kita akan dikahwinkan tak lama lagi..” dan aku hanya mengangguk..

“Saya tahu..awak tak cintakan saya kan..dan saya pun tak cintakan awak…awak nak kahwin dengan saya sebab papa saya janji nak biaya awak punya pembelajaran kan?”

Begitu berterus-terangnya dia punya percakapan dan tanpa tapisan walau sepatah kata pun…Nampak sangat aku gilakan hartanya barangkali..

“So..to make it simple.. kita kahwin untuk kepuasan hati keluarga kita..saya akan berlakon bahawa awak isteri saya dan saya suami awak untuk keluarga kita..kalau di luar kita punya hidup asing-asing..Dan saya tak akan halang kebebasan awak dan awak tak boleh halang kebebasan saya..Kita bersama just for our family..You get it”

Aku hanya mengangguk..tetapi dalam hatiku terasa duniaku ini sudah gelap gelita..tetapi untukku berpatah balik sudah terlewat kerana janjiku dengan abah…Yang hanya mampu kubuat saat itu hanya memegang erat hujung bajuku seerat mungkin..

“Saya tahu awak faham..lagipun awak kan bijak..”

Tidak sepatah pun perkataan dari mulutku dapat keluar pada waktu itu..

Di rumah..aku berpura-pura tersenyum di depan semua orang… Hubungan abah dengan kaklong pun sudah pulih kerana kaklong sudah mendapat hadiah sebuah kereta dari bakal mertuaku kerana aku melangkah bendul..kak ngah pun mendapat kereta sama…Jadi mana mungkin aku hendak membuat onar bila tiba-tiba tak jadi kahwin…

Sedang umi menyiapkan persiapan di rumah..aku berusaha keras untuk hadapi SPM sebulan lagi untuk menghilangkan duka di hatiku…



Pernikahanku berjalan dengan lancar sekali..namun hatiku semakin terdera kerana bermula dari hari ini aku akan terpaksa menjadi penipu di mata keluargaku..air mataku menitis di saat lafaz pernikahan telah disahkan oleh saksi..bermakna hidupku akan terpenjara dengan ikatan ini..

………………………………………………………

“Awak tidurlah atas katil..biar saya tidur kat bawah” katanya dan aku membentangkan alas untuknya tidur….walaupun dia tidak menerima aku sebagai isteri..namun aku tidak mahu jadi isteri yang tak menghormati suaminya…

“Thanks..”

“Sama-sama” dan aku tidur tanpa menghiraukannya…

Oleh kerana sesi persekolahanku masih belum tamat..aku kembali ke sekolah seperti biasa dan suamiku terbang merentasi lautan untuk menyambung pengajiannya…



SPM telah ku berjaya lepasinya dan sekarang aku menunggu jawapan untuk permohonanku ke universiti…dan akhirnya aku berjaya menempatkan diri di universiti dalam negara dan mendapat biasiswa dari USM…Aku lega kerana tidak perlulah aku bimbangkan tentang perbelanjaan aku nanti…



5 bulan berlalu dengan pantas dan aku akhirnya mendapat tahu dari emailnya dia akan pulang bercuti..Fikiranku berserabut..buat apa dia nak pulang sekiranya akan membuatkan hati tak senang..Aku tahu mesti mamanya yang menggesa dia pulang..Mana taknya, mesti mama ingat aku bersedih kerana ditinggalkan suami lama-lama..Tapi dilubuk hatiku..baik dia dirantauan sana daripada dia mengheret aku menipu orang yang aku sayangi..Betapa sesaknya aku menanggung beban dengan mereka cerita yang tak pernah ada..yang akhirnya menambahkan dosaku dari hari ke hari..

Dan untuk sebulan dia bercuti itu, tiap-tiap minggu itulah kami bertemu dan pulang ke rumah abahku dan juga papanya berselang-seli..Kalau dipandangan semua orang, suamiku itulah menantu mithali, baik,penyayang dan aku juga begitu..tetapi sebaik sahaja pintu bilik kami tertutup kami bagaikan orang asing….

Keadaan berterusan sehinggalah aku tamat pengajianku dan bergelar sebagai doktor…Aku bernasib baik kerana aku terikat dengan biasiswa, jadi aku terikat dengat hospital USM. Jadi alasan ini aku bagi untuk tinggal berasingan dengan suamiku..Suamiku pun lega kerana tidak perlulah dia berpura-pura setiap hari..Cuma di waktu ada kelapangan baru kami bersama… Memandangkan aku masih baru, jadi jadual kerjaku amat terikat memandangkan aku kerja shif. Jadi aku tidak boleh memohon cuti sewenang-wenangnya. Bagiku lebih baik begini..aku hilang dalam dunia kerjayaku sendiri daripada bersandiwara dengan ahli keluargaku…

………………………………..

“Dira..kenapa balik sini sorang-sorang..kenapa tak ajak Zaf sama..”

“Ler…umi kan tahu…menantu kesayangan umi tu busy memanjang..kalau bukan hujung minggu, jangan haraplah nak nampak batang hidung dia waktu siang hari ni..”

“Dah Dira tahu macam tu..minta la tukar cepat-cepat..tak elok Dira kat sini dia kat situ..”

‘Umi..dia lebih senang macam tu..’ bisikku dalam hati..

“Bukan Dira tak mahu umi..kan Dira terikat..nanti kontrak Dira habis Dira tukar la…lagipun Dira dah lama tak balik sini..”

“Lain kali..kalau ada cuti…pergi balik sana…Kamu jangan buat macam laki kamu masih belajar kat luar negara…kan dia dah ada kat sini”

“Umi ni..macam tak suka je Dira balik sini..”

“Bukan tak suka Dira…sebagai seorang isteri..syurganya di tapak kaki suami..Dira jangan asyik ingat kerja je..”

“Umi ni…macamlah Dira tak ingatkan laki Dira tu..”

“Dira…kamu dah lama kahwin..umi rasa kamu patut ada perancangan..patutnya dah ada nak dah kamu ni…kaklong kamu yang kahwin 3 tahun lepas pun dah ada anak…Dira bila”

‘Inilah yang umi asyik ungkitkan bila aku pulang..depan-depan Zaf pun umi tak segan bertanya…namun permintaan itu tak akan ada bagiku selagi hidupku bergantung begini…’

Malam itu, sedang aku melayan lagu di radio Era…handsetku berbunyi…dari nada deringnya aku tahu itu suamiku, Zaf…nada dering ‘Entah’ nyanyian Afgan seperti membayangkan di mana perasaanku terhadap suamiku..entah apa yang akan terjadi pada hidupku…

“Hello..assalamualaikum..”

“Waalaikummussalam…Kat mana ni?” Aku mengerutkan dahi..tak pernah-pernah tanya aku kat mana..tiba-tiba tanya..Pelik..

“Kat kampung..kenapa?”

“Kenapa tak cakap awak nak balik kampung..”

“Kan saya dah cakap dalam email..” Rasanya aku dah send email tu..malas aku mesej dengan telefon..membazir kredit..Bukan dia balas pun..Kalau ada pun sekadar ’ok’.

“Lain kali..just call me..kalau malas sangat mesej dengan telefon..Ada faham Cik Izni Nadira..”

“Em..”

“Kenapa tiba-tiba balik kampung..” Ini lagi pelik..bila masa pula dia ada masa nak ambil tahu perihal aku sekarang..

“Saje..nak tukar angin..lagipun saya ada cuti lebih..saje nak habiskan cuti tahunan..nanti burn pulak”

“Kenapa tak ambil hujung minggu..boleh saya balik kampung sama”

‘Sebenarnya saje aku ambil waktu bukan hujung minggu supaya aku tak perlu memberatkan kepala untuk berlakon dengannya di hadapan keluarga.’

“Hujung minggu..ramai yang nak cuti..terutama orang yang dah berkeluarga..”

Aku sengaja memberi alasan palsu…Dia yang mengajar aku cara nak menipu orang..jadi sekarang, aku lebih bijak mencari alasan..

“Habis..you ni tak ada keluarga ke??”

“Maksud saya..yang ada anak..so, orang yang ada anak senanglah nak dapat cuti hujung minggu” nadaku sedikit meninggi namun tidaklah kasar di pendengaran..

“so..macam tu..you kena ada anak dululah baru dapat cuti hujung minggu, gitu?”

Zaf ni sekarang..makin lama makin menyengit ayatnya..kadang-kadang membuatku aku terasa ingin marah…

“Okey la awak..umi panggil ni..lain kali saya call or mesej kalau nak balik kampung..okey..bye..” telefon aku letak..Menyakitkan kepala!!!

‘Umi, abah…maafkan Dira…Dira bukan anak yang baik kerana menipu semua orang…bukan juga menantu yang baik..malah jauh sekali isteri yang baik!!’

Air mata yang dulu dapat kutahan akhirnya mengalir mengenangkan nasibku yang nyata tidak seindah orang lain…

……………………………….

Zaf pening memikirkan kemelut hatinya…mama sekarang seakan sudah terbau apa yang dilakukan selama ni…Ini semua gara-gara Natasya yang menelefon rumahnya bila dia terlupa membalas panggilan telefon..

Natasya!!! Itulah gadis yang berjaya mencuri hatinya sejak 10 tahun dulu..Rakan sekelasnya di waktu persekolahan… yang nyata diminati oleh kebanyakan lelaki di sekolah…tetapi Natasya hanya bergelar kekasih hatinya kira-kira 6 tahun lalu bila perlanggaran secara tak sengaja…lalu mencetuskan bibit cinta..Namun angan Zaf hancur bila mama dan papa sebulat suara mahukan Dira sebagai menantunya…Dan kini Natasya masih kekasih hatinya..dan hanya menghitung waktu yang sesuai untuk disatukan….

Desakan Natasya yang ingin mengahwini Zaf makin menyesakkan lagi kepala yang kian sesak…

Saturday, November 13, 2010

Masihkah ada sinar cinta

Apakah erti cinta? Kata orang sejauh mana kita mencintai bukan menjanjikan kebahagian.. Atau percaturan yang diaturkan keluarga adalah yang terbaik?? Tidak dapat aku nilaikan saat ini di saat aku terperangkap dalam konflik ini…


Dan aku dibayangi mimpi ngeri dari hari ke hari..mungkin usiaku yang baru belasan tahun ini menjadikan fikiran aku tidak matang. Tidak ku sangka kunjungan Pakcik Azhar yang terlalu kerap bersama isterinya membawa berita yang menjerat hidupku..

Fikiranku melayang di saat kunjungan pertama Pakcik Azhar….

“Assalamualaikum….” Terdengar orang menghulurkan salam dari luar..

“Waalaikumussalam..” Aku terpengun di depan pintu rumah kerana tak mengenali tetamu kali ini..Dengan pakaian yang serba mewah aku dapat mengagak mereka bukan sebarangan orang.

“Dira..siapa yang datang..kenapa tak ajak masuk..”

“Hii..Dira tak kenal umi…” jawabku perlahan takut terdengar dek tetamu…

“Nak..uncle nak tanya ni rumah Haji Husain ke?”

“Ya..ni rumah Haji Husain..” belum sempat aku menjemput masuk..umi sudah memeluk kawannya itu..Barangkali..

“Ya Allah..Kak Mila..”

“Ye Nab..lama tak jumpa..rupanya dah besar anak gadis kamu ya..”

“Ye la Kak Mila..dah hampir 20 tahun kita tak jumpa”

’20 tahun…maknanya aku belum lahir lagi..’

“Siapa nama anak kamu ni Nab?” aku yang termenung tu tersenyum..

“Dira…anak kedua bongsu saya..Waktu kita berjiran dulu..Dira ni tak lahir lagi Nab”

“Ye jugak kan..”

“Dira…salam dengan Makcik Mila..” dan aku menyalami Makcik Mila sementara dengan suaminya aku hanya tersenyum…

Melihat umi tengah rancak bercakap…aku menyelit ke dapur..menghidangkan minuman untuk tetamu..Itulah rutin yang telah umi didik pada kami..

“Siapa yang datang Dira?”

“Kawan mak..Dira tak kenal sangat..Kak ngah..jom temankan Dira hantarkan air ngan kuih kat luar..”

“Malaslah..nak sambung tidur..letih” Begitulah kak ngah bila di hujung minggu..Pada hari biasa dia kerja..

Aku menghidangkan air kepada tetamu..

“Susah-susah je”

“Sikit aje Kak Mila..orang kampung..”

“Dira sekarang masih belajar ke?” tanya Makcik Mila..

“A..ah..tak lama lagi nak SPM”

“Ooo..so dah ready..”jampuk Pakcik Azhar..

“Sikit-sikitlah pakcik..”

Dan suasana kembali kecoh dengan sekembalinya abah dari Bandar…

…………………………….

Entah angin apa..tiba-tiba pakcik Azhar datang pula hari ini bersama isteri dan anaknya dan menumpang bermalam di rumah kami..Sebenarnya, bagiku suasana itu amat pelik tetapi aku berlagak seperti biasa..melayan mereka seadanya..Malah Adreena, anak kepada pakcik Azhar mula rapat denganku…maklumlah anaknya itu orangnya peramah dan baru di tingkatan tiga..banyaklah topik dia utarakan sampai naik pening aku melayan…Siap mahu tidur sekatil denganku lagi walaupun umi dah bagi dia bilik asing…



Malam itu, selepas keluarga pakcik Azhar balik…aku terdengar perbualan umi dengan abah. Waktu itu sudah lewat malam..tetapi aku berjaga kerana memang kebiasaanku study di lewat malam memandangkan percubaan SPM tak berapa lama lagi…

“Sebenarnya Nab..Azhar datang tu ada hajat”

“Hajat..hajat apa bang”

“Dia nak jadikan anak kita menantu..” mendengarkan hal kahwin jadi topik utama umi ngan abah..aku tidak ambil peduli kerana mungkin abah tak mahu ahli keluarga lain tahu..lagipun kami dididik tidak boleh campur hal orang tua.

………………….

2 hari berlalu..tiba-tiba abah bersuara di saat kami makan malam…

“Abah ada sesuatu nak cakap dengan kamu semua..”

Aku yang ketika itu mengunyah nasi hanya menadah telinga..dalam kepala aku sudah tahu mesti abah nak beritahu pasal tak lama lagi keluarga ni akan menyambut menantu sulung…

“Ada apa abah..macam serius aje..takut kak ngah tengok..”

Kak ngah memang selalu macam tu..perangai suka menjampuknya kadang-kadang membuatkan abah naik angin..

“Ada orang datang merisik..”

“Ye ke..untuk siapa?? Untuk kak ngah ke?” Mak sudah menjeling marah kepada kak ngah…

“Tak…”

“Untuk kaklong ke?” tiba-tiba kak long menjamput…pula..

“Tak..”

“Habis tu takkan untuk Izzat kot..” balas kaklong..

“Tak…” dan semua mata menumpu padaku..dan saat itu, sudu yang kupegang untuk mengambil sayur kegemaranku terjatuh kerana terlampau terkejut…

“Untuk Dira ke abah?” tanya kaklong dengan pantas..Kaklong pun terkejut besar..Kerana patutnya anak yang sulunglah dikahwinkan dulu..Tapi aku..anak ketiga dari empat beradik..Tak mungkin…

“Mana boleh abah…kaklong tak setuju..patutnya kaklong yang kahwin dulu…”

“Kaklong…macam mana kaklong nak jadi isteri orang kalau diri sendiri tak terurus lagi..”

“Habis tu..yang Dira tu boleh pulak!! Dasar gatal nak kahwin..Sekolah pun belum habis..dah gatal!!” Aku telan air liur bila aku yang tak tahu apa-apa ini disalahkan..Dan inilah bermulanya segala sengketa dalam keluargaku..

Dan tiba-tiba..tangan abah melekap terus di pipi kaklong dan keadaan senyap sunyi…

Tidak pernah sekalipun tangan abah naik ke muka..Tidak sekalipun selama ini.

“Abah memang tak patut..memang tak patut..memang dari dulu abah memang sayangkan Dira sorang saje..Abah berat sebelah!!” dan kaklong keluar dari rumah tanpa kebenaran umi dan abah..

………………………………

“Dira..cuba cakap dengan Kak ngah…Dira tahu pasal ni semua..”

“Pasal orang datang merisik tu ke?? Sumpah kak..Dira tak tahu…”

“Habis tu..”

“Dira tak tahu kak..”

……………………………

Bila keadaan kembali tenang..sehari kemudian abah mengajakku keluar..Namun hatiku sudah dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan abah…

“Dira tahu kan..abah nak jodohkan Dira dengan anak Pakcik Azhar” rupanya betul gerak hatiku..Pakcik Azharlah punca ini berlaku..

“Tapi abah..Dira kan masih belajar lagi..kenapa tak kaklong..kak ngah ke?”

“Banyak sebabnya Dira..dan bukan sebab abah pilih kasih atau apa..tetapi abah yakin dengan gerak hati abah..”

“Kalau boleh..boleh Dira tahu kenapa abah?”

“Banyak sebabnya Dira…Pertamanya..Dira anak yang baik dan abah percaya Dira boleh jadi isteri yang baik walaupun masih muda…Dira boleh berfikir secara rasional kalau ada masalah..Malah, daripada kaklong ngan kak ngah memang pakcik Azhar dan keluarga dia berkenan dengan Dira..dan yang paling penting…abah mahu kabulkan hasrat Dira untuk jadi seorang doktor..abah tak mampu nak hantar anak abah belajar tinggi..tengok kaklong dengan kak ngah..abah tak dapat tolong..tapi Dira..peluang ada depan mata..”

“Tapi abah..Dira boleh minta biasiswa..kalau tak pun Dira boleh kerja dulu baru sambung belajar..Dira tak mahu sebab perkahwinan ni..kami semua sengketa adik-beradik abah..”

“Walaupun Dira kahwin..Dira akan jadi anak yang baik..menantu yang baik..saudara yang baik..malah isteri yang baik..”

“Tapi abah..”

“Percaya cakap abah Dira…Dira terima ya…”