Sunday, January 30, 2011

Masihkah ada sinar cinta 3

“Lamanya tak jumpa kaklang…masih ingat lagi pada adik kesayangan ni ke?”


“Ye la…adik kaklang sorang je…Izzatlah permata hati kaklang!!”

“Kaklang ni kan..lebih-lebih pulak..nak termuntah Izzat ni tau..”

“Tau tak pe…so, macam mana study..ok?”

“Mestilah..tengok orang lah..or should I said…see the leg la..”

“Eii..perasan tak habis…”

“Mesti..nak hidup..kenalah angkat bakul sendiri..harap kaklang puji, em..kirim salam…Kaklang on the way dari rumah abang Zaf ke…dah pergi tadi…”

“Lepas ni akak pergi la..nanti umi bising pulak akak tak singgah sana..”

“Dah kaklang menyusahkan diri sendiri tu kenapa?”

“Budak ni kan..akak tak bagi duit poket baru padan muka..”

“Alah akak..relax la..Izzat gurau je..lepas Izzat kerja nanti ..kalau akak kena saman ke..nak saman orang ke..Izzat charge free je…tapi akak kenalah berbakti dulu pada Izzat..”

“Banyaklah Izzat punya saman….berbakti konon…nah duit belanja..akak nak ke rumah abang Zaf kamu ni..ingat..jangan asyik joli aje”

“Yes bos!!” Izzat meletakkan tangan ke kepala menunjukkan gaya polis tabik versi polis tak bertauliah…



Baru sahaja melepasi pagar UIA…aku mengeluh keras…Ke rumah abang Zaf?? Kalau diikutkan hati…memang susah aku nak jejakkan kaki ke sana..tapi, umi berkeras memandangkan aku ada dua hari lagi cuti…Aku menekan punat telefon Zaf..

“Hello..”

“Emm..ada apa ni?”

“Saya on the way ke rumah mama ni…saya just nak cakap tu takut awak terkejut pulak..”

“Kenapa datang tiba-tiba ni..” nadanya seakan tak puas hati..Sebenarnya aku terasa hati..Nampak sangat dia tak senang dengan kehadiranku…

“Umi saya suruh datang..saya nak buat macam mana..nanti umi syak pulak..”

“Okeylah..nanti saya try balik awal..”

“Kalau awak ada hal..tak apa..lagipun mama mesti faham..awak kan selalu sibuk..”

“Hmmm..tengoklah” dan dia meletakkan telefon…

Aku mengeluh lagi..Sabarlah hati.

“Siapa?? Perempuan tu ke?”

“Em…”

“You..sampai bila kita nak macam ni..I tak nak hubungan kita bergantung macam ni..you pilih… I atau dia…”

“Honey…you kan tahu..dia pilihan mama I…I tak boleh buang dia macam tu aje!!”

“Habis tu you nak buang I!!”marah Natasya..

“Honey…give me some time!! I janji kita akan kahwin!!”

“Perempuan tu..”

“Itu urusan family I…you…just to me!! The only one for me…”

Dalam hati Zaf tekad akan berterus terang dengan Dira..Dira harus sedar..dia sudah lama ingin hidup bersama Natasya.



Zaf pulang di kala azan maghrib bergema dari surau berdekatan.. Seperti biasa, untuk tontonan awam..aku mengucup tangan seperti kebiasaan…kalau bukan di depan mata orang lain..mengeluarkan suara pun susah..jangankan pula bersalaman tangan atau tersenyum manis..semua lakonan!! Tidak ku tahu, berapa lama lagi keadaan sebegini akan bertahan…

Waktu sekarang sudah mencapai pukul 11 malam..dan aku masuk ke bilik…Kulihat Zaf sedang asyik dengan kerjanya di atas sofa…Aku hanya meringankan kaki ke katil..Begitulah kami kebiasaannya…buat hal sendiri..aku di atas katil dan dia di sofa…Sudah tidak janggal keadaan ini tetapi lebih janggal sekiranya antara kami berbual sesama sendiri..yang aku pasti tidak mungkin akan terjadi…namun malam ini berlainan bila Zaf bersuara…

“Don’t sleep..I have something to talk about..” Dan Zaf mendapatkan aku di sisi katil..

“Nak cakap pasal apa?”

“Pasal kehidupan…my life actually..”

“Ya..kenapa dengan hidup awak…”

“Awak tahu kan saya tak cintakan awak..” tanyanya berkias..dan aku hanya mengangguk..Sedar keadaan itu sejak pertama kali aku bertemu dengannya lagi..

“Saya dah lama sukakan seorang perempuan..namanya Natasya..”

Sebenarnya..tanpa Zaf ketahui..nama itu selalu meniti di bibir mama..bila dia mengesyaki sesuatu..nyata bimbang mama selama ini bertempat..Walaupun suatu ketika dulu aku menafikan hubungan Zaf dengan perempuan itu..

Pedih aku untuk menerima kenyataan ini..Walaupun dasarnya aku tidak kisah..tetapi sebagai isteri..kenyataan itu amat menyeksakan batinku…

“Ya..saya tahu…”

“Mana awak tahu?”

“Mama…”

“Apa!!Apa mama cakap?”

“Awak sukakan dia sudah lama..malah sebelum awak kahwin dengan saya lagi..”

“Mama marah??” dan aku mengangguk…

“Awak kena tolong saya…saya tak boleh hidup tanpa Natasya..”

Aku kalih pandangan padanya..Aku bukanlah seorang isteri yang langsung tidak berperasaan… Sampai hati dia minta aku tolong pujuk mama!! Namun..aku sembunyikan semua..

“Apa yang awak nak saya buat?”

“Pujuk mama supaya terima Natasya sebagai menantunya..”

Saat itu terasa sesak untuk udara masuk dalam rongga pernafasanku..Tidak cukupkah selama ini dia mendera aku!!

“Boleh saya tahu..apa akan jadi dengan saya sekiranya saya berjaya pujuk mama?”

“Apa maksud awak?”

“Ya..apa yang saya dapat sekiranya saya berjaya pujuk mama?”

Dia berfikir..

“Ok…saya akan tunaikan apa saja yang awak minta sekiranya mama setuju…”

“Apa saja?” tanyaku ingin kepastian…

“Ya..apa saja..”

“Nanti saya fikirkan…”

Zaf kelihatan sedikit lega tanpa mengetahui gelodak perasaanku…

‘Apa sahaja..’

Jauh di sudut hatiku..aku terasa ikatan ini sudah tak dapat diselamatkan lagi..Aku bukanlah seorang wanita yang sanggup berkongsi suami..Walaupun selama ini Zaf tidak pernah nampak kewujudan aku di sisinya..Namun jauh di sudut hatiku..aku ingin menjadi isteri yang baik pada suamiku..Tapi, apabila dia senekad ini..apa lagi dayaku untuk mempertahankan hubungan yang tiada penghujungnya..Tetapi macam mana dengan perasaan abah,umi, mama dan papa…Akhirnya air mata menemani tidurku tanpa pengetahuan Zaf…