Tuesday, February 1, 2011

Masihkah ada sinar cinta 4

Esok pagi..aku terus berangkat pulang..walaupun cutiku masih ada sehari..namun aku menipu lagi kerana fikiranku tak tenang di sana…Izzat pula dengan tiba-tiba mahu menumpang aku balik kampung…



Setelah sejam perjalanan..aku berhenti di stesen minyak petronas dan untuk ke tandas…Izzat pula lebih senang di dalam kereta…


Izzat menyanyi kecil di dalam kereta bila tiba-tiba telefon berbunyi…


“Eeii..kacau betullah telefon kaklang…”


‘Abang Zaf..nak angkat tak..angkat tak? Kaklang ni pula pergi tandas punya lama..’


Akhirnya telefon diangkat..namun…tak disangka apa yang didengar Izzat membuatkan seribu persoalan wujud di fikiran…dan rasa marah pada abang Zaf tiba-tiba muncul…


“Kenapa dengan Izzat ni…lepas dari stesen Petronas asyik masam aje…kenapa ni..Pagi tadi bukan main happy boleh balik kampung…”


“Izzat bengang dengan seseorang..”


“Dengan siapa..siapa kacau adik akak ni…”


“Akak..stop talking nonsence boleh tak!!” terkejut aku mendengar bahasa kasar adikku yang satu ini…Terasa ingin menagis aku saat itu..Tambahan pula emosiku tak berapa stabil…


“Izzat minta maaf..” Izzat terasa bersalah…dia pun terkejut dia boleh sekasar itu dengan kakaknya…Malah wajah kaklangnya pun terasa lain macam…


Dan akhirnya hanya keletah DJ di radio dihiasi dengan lagu-lagu menemankan Izzat dan Dira saat itu..


Sesampai di rumah..umi terkejut…


“La Dira..kata dua hari.ni kenapa balik awal ni?”


“Dira ada hal kat hospital..” aku menipu lagi akhirnya..yang sebenarnya aku ingin lari dari kenyataan hidup!!


Sementara Izzat menjeling kaklangnya…Nyata ada yang tak kena antara Kaklang dengan abang Zaf.


Baru sahaja aku ingin merehatkan badan..tiba-tiba nada dering ‘Entah’ bergema dalam bilikku..siapa lagi kalau bukan Zaf…


“Hello..”jawabku malas…


“Hai…” ceria sekali suaranya..Mungkin berbahagia di samping insan yang disayanginya…


“Kenapa pagi I call you tak bersuara..lepas tu putus…”


“Bila masa pulak awak call ni…” jawabku malas..


“Okey..never mind..ignore that..so, bila awak nak cakap dengan mama..”


Nampaknya tak sabar-sabar lagi dia nak kahwin dengan Natasya..


“Awak nak saya cakap bila?”


“Kalau boleh secepat mungkin..tapi..better not so soon…”


“Okeylah awak..saya letih ni..talk another time..bye!!” dan aku memejamkan mata dengan harapan masalah akan jauh meninggalkan diriku…


‘Abah!! Kenapa abah jalan laju sangat ni…namun abah hanya tersenyum dan semakin lama semakin jauh!! Abah!!jangan tinggalkan Dira!!’


Dan aku tersedar…Mimpi!! Kenapa pelik sangat mimpi kali ni…


“Dira!!Kenapa menjerit petang-petang ni..” tegur abah di pintu bilik…


“Mimpi bah..” dan aku tersenyum..


“Tu lah..kan abah dah cakap tak elok tidur petang-petang macam ni..” dan abah berlalu…


Waktu petang..halaman rumah paling sesuai untuk bersantai…Dan aku lihat Izzat asyik termenung melihat orang lalu lalang di hadapan rumah dia tempat duduk yang dibuat oleh abah..


“Apa yang Izzat menungkan??”


“Tak ada apa-apa..”


“Izzat ada masalah ya…”


“Bukan masalah Izzat..tapi orang lain”


“Em..sejak bila Izzat ambil tugas fikirkan masalah orang lain ni..”


“Sejak Izzat terdengar sesuatu secara tak sengaja.”


“Apa Izzat dengar?”


“Pasal Kaklang..pasal Abang Zaf..dan pasal abang Zaf nak kahwin lain” tersentak aku…


“Apa Izzat mengarut ni?”


“Akak la cakap..betul ke apa yang Izzat dengar ni”


Langkah kaki seseorang terbantut bia terdengar suatu perkhabaran yang sudah lama diraguinya..


“Mana Izzat tahu” tanyaku lagi..


Aku tahu sifat adikku ini…takkan mengalah selagi apa yang dia nak tahu tak diketahuinya..bakal peguam katakan…


“Izzat dengar masa Abang Zaf call akak waktu berhenti di stesen minyak pagi tadi”


“Apa yang Izzat dengar..”


“Abang Zaf cakap nak kahwin lagi satu dan dia nak tahu bila akak nak pujuk mama abang Zaf..”


“Jadi apa Izzat nak tahu??”


“Betul ke?”


“Em…akak harap Izzat simpan perkara ni dari orang lain”


Dan tidak jauh dari situ, suatu tangan memegang dada kerana tak dapat bernafas….


“Kenapa akak tak halang!!” Izzat nyata sudah marah..


“Izzat jangan cakap kuat-kuat…nanti umi nga abah dengar pulak...dia tak bahagia dengan akak..akak cuma nak dia bahagia”


“Akak..jangan jadi bodoh..habis kebahagian akak?”


“Akak bahagia ada keluarga..akak..”


“Akak bohong..Akak mungkin boleh tipu orang lain..tapi bukan Izzat..dari kecil Izzat tengok akak macam menyimpan rahsia…dulu Izzat bodoh sebab tak tahu menilai hakikat kehidupan tetapi bukan sekarang kak!!akak cakap betul-betul dengan Izzat…selama ni akak tak bahagia kan..tapi sebab abah..sebab umi..akak rahsiakan..Betul kan!!”


“Izzat…akak kata sudah…”


Dan tiba-tiba satu tubuh rebah ke tanah..Hampa dengan hakikat yang baru disedarinya itu…


“Abah!!” dua suara bersatu di saat melihat tubuh abah rebah ke bumi…


Dira mendapatkan abah sementara Izzat terpegun di tempat dia duduk..Tidak disangka abahnya mendengar..


“Abah!! Jangan takutkan Dira abah..” saat itu ilmu kedoktoran yang dipelajariku hilang sudah..tangan Dira menggigil-gigil…Dan kemudian dia melakukan bantuan pernafasan bila terasa nadi ayahnya seakan tidak berdenyut…


“Abah!! Abah!! Izzat panggil ambulan…cepat!!”


































































2 comments:

  1. makin sedih la khidupan dira ...siannyer... x guna punyer zaf.... menyampah benci la.....

    ReplyDelete
  2. plizz jgn bagi zaf kawen ngan tasya... bagilah zaf tu accident ke.. atau jeles ngan lelaki yang suka mendekati dira ke... ape2 jelah yg ptg mereka x kawen... kalau x... i x akan bc dah smbungan nex n3!!!!
    wah.. cam mengyngut pulak dah.. tapi itulah hakikat bila bila sudah terluka dan parah..

    ReplyDelete