Wednesday, February 23, 2011

Masihkah ada sinar cinta 5

Keadaan yang kalut di wad kecemasan membuatkan nafasku makin sesak..2-3 orang doktor mengerumuni abah dan aku hanya melihat..Sudah hilang kepakaranku bila abah yang berdepan di situasi sebegini…Hanya air mata yang mengalir tanpa henti..



Dalam kalut-kalutku itu tak sangka keluarga mertuaku dan Zaf sudah berada di sampingku..Bagaimana mereka tahu..tidak sempat untukku ketahui kerana saat itu aku terlalu risau dengan keadaan abah…Sudah 2 jam berlalu..abah masih dalam keadaan tak sedarkan diri..dan aku tidak tentu arah bila abah yang selalu sihat dimasukkan di wad CCU..Unit rawatan untuk pesakit jantung…Keadaan mesin dengan bacaan sebegitu menyebabkan aku sebak sekali lagi..


‘Tidak!!Tidak!!Keadaan sebegini tak akan berlaku pada abah…’


Pada umi yang bertanya..aku memberi keyakinan bahawa abah akan pulih..tetapi aku tahu risiko untuk abah meninggalkan kami nyata lebih tinggi..Aku menyusup keluar kerana sudah tak tahan memberi harapan palsu pada orang lain..


Mimpiku petang tadi makin mengusutkan fikiranku…Aku menekup mulutku menahan tangis yang akan pecah bila-bila masa saja…


Zaf mencari-cari ke mana kelibat isterinya pergi..Tadi ada saje di sebelah abah..Bila masa dia keluar ni!! Dihayunkan kaki ke luar wad..baru saje dia ingin naik lif untuk mendapatkan air kerana terlalu dahaga..tetapi terasa ingin dia menggunakan tangga..Makin dekat makin nyata Zaf terdengar tangisan halus…Dan Zaf terkejut apabila Dira yang sedang menagis di atas tangga..


“Dira…” panggil Zaf..tak pernah-pernah dia lihat isterinya menangis sebegini…


Cepat saje Dira menyapu air matanya..


“Kenapa Dira menangis di sini?”


“Tak ada apa-apa? Dira tak nangis”


“Dira risaukan abah kan…Kan Dira cakap abah akan tak ada apa-apa”


Sangka Zaf, Dira sudah berhenti menangis tetapi air mata Dira tiba-tiba menitis..


“Dira tipu semua orang..Dira tahu..Dira tahu..abah” Dira tak dapat menghabiskan ayatnya bila suaranya sudah tak terkeluar..


“Sabar Dira…” Entah apa merasuk Zaf..Zaf memeluk Dira..tidak sanggup dia melihat Dira yang menangis tak berkesudahan…


“Dira seharusnya kuat..umi perlukan Dira..macam mana Dira nak yakinkan orang lain kalau Dira lemah sebegini!!”






Sudah 2 hari abah ditahan di CCU…Sewaktu aku menemani abah..tiba-tiba abah sedar..Dan nyata mengembirakan aku…Ketika itu aku keseorangan sementara umi balik mandi dan rehat setelah 2 hari tak terjaga dirinya…


“Dira…abah tahu…a..bah ta..hu Dira tak bahagia…”


“Abah rehat ya..”


Abah menggeleng…


“A..bah ta..kut tak sempat Dira…Abah harap Dira cari bahagia Dira..abah izinkan..kalau Dira mahu tuntut cerai sekalipun..sekiranya itu membahagiakan Dira..Sudah lama abah sedar tentang Dira..tapi abah ingat tak seburuk ini” Susah sekali abah menghabiskan ayat..Abah seperti tahu apa yang terjadi padaku..


“Dira tak apa-apa abah!!Abah rehat ya”


“Salah abah Dira..sebab paksa Dira dulu!!”


“Abah tak salah…Dira tak salahkan abah..”


“Janji ngan abah..jaga umi..jaga adik-beradik Dira..Dira orang terpelajar..jadi jagalah adik beradik Dira baik-baik..dan yang penting abah nak Dira cari bahagia Dira!!”


“Abah!!Jangan cakap macam tu…Abah sihat cepat-cepat..nanti abah boleh jaga semua orang..”


“Abah tak ada masa Dira…Maafkan abah!!”


“Abah tak salah…Dira yang salah..maafkan Dira abah sebab kecewakan abah..”


“Abah bangga ada anak sebaik Dira…ingat pesan abah ya!!”


“Abah..jangan cakap banyak lagi..abah kan sakit..”


“Abah nak rehat la ni..abah letih…Umi mana?”


“Umi balik rehat kejap..kejap lagi umi sampai…”


“Cakap kat umi abah minta maaf..cakap jugak pada umi abah ampunkan segala dosa dia..kaklong..kak ngah..Izzat..semua abah ampunkan…Pesan pada Izzat abah tak salahkan dia..Hidup baik-baik..”


Entah kenapa tadi abah kelihatan termengah-mengah untuk habiskan ayat..tetapi sekarang amat lancar..Hatiku tidak sedap sebenarnya..


“abah rehat ya..”


“Ya..Dira tak mahu salam abah…cium abah!!” pintanya…tiba-tiba air mataku mengalir..Kubuat apa yang abah pinta dan akhirnya abah terlena dan terlena disambut dengan bunyi mesin yang bersambung..dan garisan lurus di skrin mesin menyebabkan air mataku makin menitis…


“Doktor!!” tempikku..namun itu tidak dapat merubah takdir yang tercatat…


Tiap manusia akan mengalaminya sekali dalam hidup..Janji dengan penciptaNya bahawa suatu ketika apabila tiba saatnya..kita akan kembali pada pangkuanNya…






Jenazah abah dikebumikan tepat pukul 5 petang..Sesudah abah siap bersemadi..hujan gerimis menimpa bumi ini seakan memahami suasana gerimis dalam hati keluargaku…


Keluarga mentuaku meninggalkan rumah kami pada lewat malam..dan aku melayan tetamu yang sanggup bersusah-payah untuk keluarga kami dengan sebaik mungkin..Dan malam itu, bila aku letakkan sahaja kepala ke bantal..aku tidur lena..dan terjaga hanya di subuh hari bila aku terdengar suara orang menangis…


“Umi..maafkan Izzat umi..Izzat yang sebabkan abah mati terkejut..Izzat umi..”


“Dah ajal abah Izzat begitu..umi redha..”


“Tapi umi..kalau abah tak dengar pasal abang Zaf yang nak kahwin lain..tentu abah tak..” bicara Izzat terhenti mungkin terasa bersalah kerana keceluparannya..Aku yang ingin menghalang tidak jadi..bila aku rasa aku sudah tidak mampu untuk merahsiakan hal sebenar…


“Apa sebenarnya Dira..Izzat..” Aku sedaya mungkin mengawal perasaanku saat itu…lantas aku ceritakan semua riwayat hidupku pada umi tanpa selindung satu apa pun..sudah lama aku bersabar…Bermula saat pertama kali aku berjumpa dengan lelaki yang bernama Adrian Zafran sehinggalah di saat aku menempuhi hidup sebagai isteri yang penuh dengan tipu daya dan lakonan…Kisah hidupku tidak sesedih mana daripada aku melihat umi yang saat itu menangis teresak-esak mendengarkan cerita hiudpku yang penuh dengan lakonan..Izzat selama ini tidak menyangka bahawa Zaf memperlakukan aku begitu nyata beremosi..air matanya pun mengalir bertambah dengan riak marah!!


“Izzat tak kira!!! Izzat mahu akak tuntut cerai dengan lelaki keparat tu…Sebab lelaki tu abah meninggal..sebab lelaki tu akak derita dan sebab lelaki tu Izzat jadi anak derhaka..pembunuh abah Izzat sendiri!!”


“Izzat jangan cakap macam tu..umi tak salahkan Izzat..”


“Betul Izzat…abah cakap sebelum dia meninggal…abah ampunkan dosa umi, kaklong, kak ngah, kak lang..dan juga Izzat!! Abah tak nak kita sekeluarga sengketa…Abah sempat cakap dengan Dira umi…abah cakap dengan Dira!! Abah cakap cari bahagia Dira umi…Tapi Dira sedih umi…Dira tak dapat bahagiakan hati abah sebelum meninggal..Dira cuma menambahkan derita abah..” aku menangis teresak-esak lagi…


Tembok ketabahanan yang aku bina selama ini akhirnya hancur bersama pemergian abah!! Sama hancurnya dengan hatiku!!!

5 comments:

  1. sedihnya..huhu..ade lg ke smbungan ni? nk tau ape jd ngn zaf ngn dira..

    ReplyDelete
  2. ptut ke zaf diberi peluang utk brubah???

    ReplyDelete
  3. sob.. sob.. sob.. sedih sgt2! bestnye kalau da abah camtu... so caring!

    dira! aku tak tau apa yg harus aku katakn pada kau... kau fikirlah baik2 sebelum buat keputusan.. tapi kau sebenarnya suka kalau kau memfailkan perceraian korang.. takde gunenye hidup dalam kepuran-puraan .. serius...

    ReplyDelete
  4. betul tu sebagaimana yg dikatakan oleh
    korro sekiranya perceraian itu dpt
    membahagiakan hidup dira dan mungkin
    ada hikmah disebalik apa yg berlaku
    apa salahnyakan. buat apa nak ditunggu
    pd suami yg memang tidak cintakan kita.
    carilah kebahagiaan kita sendiri....
    nk lagi....bestlh cite ni..

    ReplyDelete
  5. TQ pg yg setia dngn crta ni...mmng ada sambungan..akan di uploadkan...
    juz to share, ini berdsrkan crta sebenar...tp sy olah ikut version sy la...hakikat hidup!!!

    ReplyDelete