Wednesday, March 2, 2011

Masihkah Ada Sinar Cinta 7

Kini sudah seminggu Dira lari dari semua orang…Tindakan nekadnya untuk meminta cerai akhirnya membawa titik hitam yang tak pernah dia fikirkan akan terjadi pada dirinya.. Tidak Dira sangka, Zaf, suami yang disangka tidak akan sekali pun menyentuh tubuhnya ini telah menyentuh tubuhnya malah tanpa kerelaannya… Saat ini, Dira tertanya-tanya…salah dirinya ke sehingga membawa malapetaka yang tak putus-putus menimpa dirinya..Handsetnya telah lama dimatikan sejak dia membawa diri seminggu yang lalu…malah kedatangannya ke Pulau Tioman ini tidak dikhabarkan pada sesiapa pun..Dia mengambil cuti mengejut kerana ingin melarikan diri dari kenyataan yang terjadi pada dirinya dan ingin mencari ketenangan dalam dirinya..



Kepulanganku selepas seminggu menghilang amat merungsingkan umi bila umi membebel-bebel kerana telefonku tidak terhubung dan bila di telefon ke hospital…betapa terkejutnya umi mengetahui Dira bercuti..Tidak pernah Dira bercuti tanpa memberitahu umi…


“Apa yang dah jadi sebenarnya Dira…bapa mertua Dira kecoh mencari Dira…Zaf pun risau..”


“Kenapa? Dira cuma pergi bercuti..”


“Dira tak tahu ke?? Mama mertua Dira masuk hospital…Dah 3 hari tak sedar diri!!”


“Apa umi!! Mama tak sedar”


“Kenapa?”


“Entah!! Tapi papa mertua Dira pesan..kalau nak datang..bawa Dira sama” Umi merenungku ingin tahu..


“Apa dah jadi sebenarnya Dira…Dira dah terus terang dengan dengan mertua Dira ke??”


Dira menggeleng..


“Habis tu..apa jadi sebenarnya..Dira hilang..tak cakap kat umi pun ke mana Dira pergi..lepas tu mama mertua Dira pula masuk wad..”Umi meminta pengertian…


“Dira pujuk umi supaya benarkan Zaf kahwin lain…”


“Jadi…mama mertua Dira terkejut la..”


“Dira pun tak tahu…mungkin juga sebab Dira minta cerai dari Zaf” umi menarik nafas panjang..


“Izzat setuju sangat kaklang minta cerai..lagi senang minta fasakh aje..biar laki tak guna tu dapat malu..Izzat akan lakukan apa sahaja supaya lelaki tu menyesal..”sampuk Izzat marah..


“Izzatt…” tegur umi..


“Izzat tak kira…Izzat akan pastikan lelaki tu takkan ada kaitan dengan keluarga kita lagi!!” marah Izzat..


“Izzat..jangan cuba hasut atau robohkan rumahtangga orang” tegur umi..


“Umi cakap itu rumahtangga…anak umi menderita tahu tak umi” Izzat kalau sudah marah memang kata-katanya pedas..tapi hatinya baik..


“Umi kata sudah, sudah Izzat..”nada suara umi sudah meninggi…


“Mari kita pergi jenguk mama mertua Dira..Izzat pun ikut sama” arah umi..


Aku waktu itu hilang kata…kalau ikutkan hati, tidak mahu aku ke sana takut terserempak dengan Zaf..tapi kerana mama..Mama adalah seperti umi bagiku…biarlah apa pun yang terjadi antara aku dan Zaf..tapi mama tak salah…Aku menurut kehendak umi walaupun dengan berat hati…


Izzat memandu tenang walaupun asalnya dia yang marah mengalahkan aku…


Sampai sahaja aku di hospital…Reena memelukku erat sambil menangis…sementara papa merenungku sedih…Manakala Zaf hanya tunduk merenung lantai..


‘Apa sahaja yang dia buat..mulai saat itu aku sudah putuskan tak mahu ada apa-apa kaitan lagi dengan dirinya…Titik!!’


Setelah bertanya lanjut..barulah aku tahu sebabnya mama dimasukkan ke hospital..Akhirnya, perkataan ‘cerai’ itulah yang menyebabkan mama kena strok sampai tak sedarkan diri…Mungkin salahku juga kerana tidak berterus terang bahawa aku nak menuntut cerai…


Oleh kerana Reena, adik Zaf yang asyik menangis tak henti-henti dan merayu aku temankan mama kerana aku lebih tahu keadaan mama..umi membenarkan aku berada di situ..sementara Izzat nyata sudah marah…Akhirnya umi dan Izzat pulang..dan aku, Reena, papa dan Zaf bergilir menjaga mama…Aku dapat rasakan bahawa Zaf sentiasa mencari peluang untuk bercakap denganku tetapi aku sering mengelak…Kalau ‘perkara itu’ tidak terjadi..mungkin aku boleh bertolak ansur, tetapi sekarang tidak…aku lanjutkan cutiku dan akhirnya mama dibenarkan pulang bila keadaan mama bertambah baik…mama dah sedar..tetapi tidak boleh bercakap..malah badannya memerlukan pertolongan sekiranya untuk makan mahupun ke tandas… Aku kembali menginap di rumah besar ini..namun aku lebih senang berkongsi bilik dengan Reena..tidak lagi dengan Zaf..tak mungkin lagi...papa dan Reena pun seakan mengerti. Zaf seperti menjauhkan diri mungkin menyedari papa dan Reena menyalahkan Zaf.


‘Apa aku peduli’


Dah hampir 5 minggu aku berkampung di rumah besar ni..dan aku rasa badanku semakin lemah..entah kenapa..nak kata demam taklah pula..sedang aku rehat-rehat di katil..tiba-tiba aku teringat..rasanya bulan ni..aku belum period lagi..biasanya waktu-waktu macam ni aku dah period…mungkin letih nak datang bulan ni..aku sedapkan hati…


Sambil menolak kerusi roda mama..aku dan Reena berbual-bual untuk hiburkan hati mama..dan kami makan petang di taman…Mama sekarang dah boleh suapkan makanan perlahan-lahan..Cuma suaranya belum keluar…Aku pun hairan..Tapi mama kelihatan gembira..selalu senyum..


“Kak Dira..sejak dua tiga hari ni Reena perasan Kak Dira makan banyak la..”


“Ye ke…sebab nak datang bulan kot” dan aku ketawa..padahal aku semakin bimbang..mama tersenyum manis..Seakan tahu gelodak perasaanku ini..


‘Takkan aku mengandung pula…tak mungkin..takkan kerana sekali tu pun aku dah lekat..tak mungkin..lagipun aku nak tuntut cerai…tidak!!’


Aku menggeleng-geleng…


“Apa kena akak ni..geleng-geleng..Pening kepala ke?”


“Assalamulaikum semua” terdengar satu suara bagi salam..tanpa aku berpaling sudah aku tahu gerangannya siapa…


Zaf tunduk mencium pipi mamanya menyebabkan jarak antaraku dengan Zaf semakin dekat…Reena dan mama senyum…Entah bila hubungan mereka semua baik..tak pula aku sedar..mungkin sejak 2-3 hari ni..aku banyak tertidur di bilik Reena agaknya..pantang letak kepala atas bantal sikit..mesti lena terus…Kalau tak dikejutkan Reena memang tidur matilah aku agaknya…


“Dira pening ke?? Nak abang bawakan ke klinik??”


Aku cuba proses maklumat yang disampaikan Zaf…sejak bila dia ambil berat pasal aku ni…and one thing..’abang’…Aku mimpi agaknya!!


“Tak apalah..Dira masuk bilik dulu ya…nak rehat kejap…”


‘Apa yang dah jadi dengan diriku ni…kenapa cepat sangat rasa lapar..kadang-kadang pening’


Sedang aku berfikir simpton-simpton yang aku hadapi tiba-tiba tekakku loya…cepat-cepat aku ke tandas..nasib baik dalam bilik Reena ni ada tandas..terasa habis isi dalam perut aku luahkan…Aku memejamkan mata kerana tiba-tiba keadaan sekelilingku terasa berputar dan aku meraba-raba mencari katil..aku rasa lega bila telah selesa baring di atas katil…


Tidak lama selepas itu…terasa ada tangan mengurut-ngurut dahiku..dan aku selesa begitu..


“Terima kasih sayang”


Senyap…Aku malas membukakan mata kerana takut pandanganku masih berpusing-pusing…Tetapi bila terbau sesuatu yang kuat aku terasa tekakku ingin memuntahkan sesuatu…dan aku cepat-cepat ke tandas…


“Dira…Dira ok…” satu tangan menggosok belakang badanku…Selepas aku memuntahkan dan perutku terasa kosong…aku basuh muka dan cuba bangun namun aku tidak dapat mengimbangkan badanku dan belum sempat tubuhku jatuh…aku disambut oleh Zaf…


Aku dibaringkan di atas katil..


“Kenapa awak masuk bilik Reena ni??” tanyaku bila aku rasa sudah pulih…


“Ini bilik abang la Dira…taulah dah lama tak masuk bilik abang tapi..takkan tertukar kot..”


Aku berfikir..barulah aku perasan…tadi ketika aku gopoh mencari tandas aku termasuk ke dalam bilik Zaf..dan tertidur di sini…Ini bermakna yang memicit kepalaku tadi adalah Zaf dan aku berterima kasih pun pada Zaf..macam mana boleh salah bilik ni…


Sebenarnya Zaf pun terkejut bila dia masuk ke bilik tadi dilihat Dira tidur dengan pulas selepas dia memicit kepala Dira..Dan yang nyata Zaf gembira saat itu.


Tiba-tiba Dira mahu bangun namun terduduk sambil memejam mata…


“Dira…terus terang dengan abang….Dira mengandung ya..”


‘Dup!!!’ terasa terhenti jantungnya saat itu…Dia yang masih tertanya-tanya walaupun dia seorang doktor..tapi tak disangka Zaf pun perasan…


“Em…Dira nak masuk bilik Reena la…”


“No…Dira isteri Zaf..dan Zaf tak benarkan Dira keluar dari bilik ni..and I want to take you to clinic” tegas sahaja suaranya…


“Dira sihat…Dira tak mahu pergi klinik..Dira Cuma nak rehat….”


“Sama ada Dira baring sini…or abang bawa ke klinik…”


“Dira tak mahu tidur dalam bilik ni…dan Dira tak mahu ke klinik..Dira tak mahu ada kaitan lagi dengan Zaf…Dira nak kita bercerai..”


“Huh!!jangan harap. And abang nak bawa Dira ke klinik sekarang jugak” Dicempung tubuh Dira dan dia menuruni tangga dengan hati-hati bila Dira memberontak…


Papa, mama dan Reena cuma melihat adegan aku dan Zaf waktu itu..


“Kenapa Zaf..kenapa buat Dira macam tu?”


“Zaf nak bawa Dira ke klinik…teruk jugak sakit Dira ni…nanti Zaf bagitau papa”


Diletakkan Dira di dalam kereta…Muka Dira merah menahan marah agaknya..


“I very…very..very hate you!!”marah Dira…


“But I love you” balas Zaf membuatkan Dira kelu…


“Gila!!”


“Ya..gila..tapi gila sebab Dira..”


“Awak ni ada sakit mental ke? Ke salah makan ubat” terasa segar tubuh Dira tiba-tiba kerana terlalu marah..


Zaf tersenyum-senyum mendengar celoteh isterinya..


“Dira ni lucu jugak rupanya..” dan Zaf masih tergelak-gelak..


“You..you…”


“Ya..abang apa? Dira sayang abang?? Abang pun sayang Dira..Love you so much dear”


Ya…itu hakikatnya yang sebenar…Sudah lama perasaan sayang ini hadir..tanpa Zaf sedari..dia cuma sedar bila Dira meminta cerai…Saat itu terasa dunianya hancur!! Dan akibatnya Dira yang menjadi mangsa…Tapi Zaf tidak sekalipun menyesal!! Dan dia semakin yakin dia akan dikhabarkan dengan suatu berita gembira…Dia yakin sekali..100%..Cukup dengan apa yang dilihat pada diri Dira…


16 comments:

  1. besttt, sambung lagi pleasss,,
    xnak zaf n dira cerai,,sian anak tu nti,,
    zaf, usaha sikit, jgn sakitkan ati dira lagi ye

    ReplyDelete
  2. dira pon trima je la zaf.
    zaf kn dah brubah.
    cpt2 la smbung ye.
    dah x sbr nak bc.

    ReplyDelete
  3. yess.... inilah cerita yg sgt menggembirakan.... semoga zaf tidak pernah berhenti mencintai Dira! mudah-mudahan....

    ReplyDelete
  4. rupenye zaf ade smpn perasaan jugak kt dira..hehe..ku ingt still ngn sikap kejam dia tu..

    ~ Anyway klau dira pregnant, mst hubungan diaorg akn baik :)

    ReplyDelete
  5. Janganlah Zaf dan Dira bercerai...
    Lagipun Dira sudah pregnant kan...
    Terima sahaja la Zaf tu Dira...
    Lagipun Zaf pun sudah mula sedar yang dia cintakan Dira kan :-)

    ReplyDelete
  6. apapun, akak follow...................

    ReplyDelete
  7. lama dah tunggu sambungannya...
    next n3 plzzzzz

    ReplyDelete
  8. ape ne dek,crite best tp tergantung cam ne tk best lh.sambung lh..............pleaseeeeeee.

    ReplyDelete
  9. Sis, tolong sambung cerita nie ya...
    Dah lama aatunggu tau...

    ReplyDelete
  10. Hmmm.. dah 3 tahun rupanya cerita ni tak ada sambungnya lagi..

    ReplyDelete
  11. assalamulaikum
    dah lama saya ikuti cerita ini tak ada sambunganya lagi ke ataupun nak dibukukan

    ReplyDelete
  12. Hmm dh 2016 dah..kita tunggu 2020 plak😑

    ReplyDelete
  13. slm best terign nak tau lanjutannya

    ReplyDelete