Tuesday, March 10, 2009

..::Cinta Itu::..

3 tahun sudah berlalu sejak peristiwa pahit itu berlaku tetapi ia bagaikan baru semalam terjadi..kemalangan ngeri itu hampir meragut nyawaku malah terus mengambil separuh dari jiwaku ini..jiwaku kosong, hanya mama, papa dan along saje penguat semangatku sekarang..
“Pa…mama risaulah tengok kat Lia tu…dah berapa orang kita tolak mentah-mentah..entah apa nak jadi pada anak dara awak tu..”
“Nak buat macam mana mama nya..takkan nak paksa pula..lagipun dia sihat macam ni pun papa dah syukur sangat..”
Dari jauh Lia mendengar perbualan mama dan papanya..Maafkan Lia papa..sedih hatiku ini..mungkin inilah balasanku kerana pernah membantah cakap papa dan mama..Dulu aku pernah ingin kahwin lari dengan kekasihku..tetapi disebabkan itulah aku kehilangan kekasihku untuk selama-lamanya.
****************************

“Husna…kau dengar tak pasal anak big bos kita yang baru masuk office 2 hari lepas..handsome giler!!”
Sebenarnya..syarikat tempat aku bekerja ini telah diambil alih oleh saudara terdekat bosku sebelum ini..pekerja tidak bertukar..Cuma pihak atasan yang berubah..
“Kau ni Husna..kalau cakap dengan kau macam cakap dengan tunggul..” sakit hati Jue..baru dia teringat kalau pasal gossip lelaki handsome ke? Pasal orang bercinta cintun ke, Husna tak ambil kira..hidupnya hanya kerja..kerja..kerja..Kadang-kadang dia hairan kenapalah Husna ni sedingin itu..Pernah beberapa kali Husna dipikat oleh pekerja lelaki lain..tetapi haram..tak dilayannya..
“Jue..sorry ya..saya tak tahu pun ada bos baru yang masuk..bukan awak tak tahu..saya kan selalu sibuk..”
“Husna..kerja, kerja jugak..tetapi hal sekeliling pun kau kena ambil tahu juga” Memang kalau bab kerja, Husnalah yang paling rajin tetapi kalau pasal benda lain, dia memang tercorot ke belakang..
Petang itu seperti biasa, aku pulang bersama Jue memandangkan kami tinggal serumah dan kerana aku tidak berani membawa kereta sejak kejadian itu..Sedang aku menunggu Jue di parking, tiba-tiba kelibat seorang lelaki melintas betul-betul di depanku…ya, lelaki itu..Aku memerhatikannya sampai keretanya hilang dari pandanganku..Air mataku mengalir tanpaku sedar..
**************************
“Husna..bos nak jumpa pekerja dia yang paling rajin sampai tak sempat jumpa dia” Ana, setiausaha bosku selama ini amat suka bergurau begitu..Langkahku berat memasuki bilik itu..Entah kenapa..
“Alia Husna…duduklah..saya bukan suka pekerja paling rajin di pejabat ini berhenti kerana tidak dipersilakan duduk..” nyata arahannya itu mengejutkanku..Bukan aku takut..tetapi rupanya amat mirip dengan kekasihku dulu..amat mirip membuatkan aku tidak sanggup memandangnya.
“I dengar you sibuk sampai tak hiraukan hal sekeliling..sampai tak tahu bos baru masuk ya..so, tell me bagaimana dengan projek itu?Ok..first I Adam…you can call me En. Ad..So?” namun Husna hanya tertunduk tanpa kata..
“Nyata you berbeza dengan desas-desus yang I dengar..tak lantang, malah tak nampak pun macam ciri-ciri pekerja yang baik, harap muka saje cantik!!”
“Ma…maafkan saya. Hari ni saya tak dapat te..te..te..Maaf!!” lantas aku keluar dari biliknya..dan tanpaku sedar aku ponteng hari itu sementara Adam terkebil-kebil..Aku takutkan dia ke??
************
Esoknya aku datang dengan azam baru malah aku tahan perasaanku ini..
“Hari ni dah ok cik Husna..ke masih nak buat drama lagi”
“Maaf pasal semalam..saya ada masalah peribadi”
“Maksud you…you bukan pekerja yang baik seperti orang lain perkatakan”
“Saya hanya manusia biasa..tak sempurna….malah saya tak cakap saya pekerja yang baik” wow berang juga perempuan ini…dan secara tak langsung perang berlaku antara mereka..
*********
2 bulan berlalu..
“Kenapa you selalu mengelak bila I ajak keluar..” Aku senyap..
“Saya hanya tahu saya perlu bekerja di sini..pasal keluar tu tak masuk dalam bidang kerja saya..”
Sekarang seboleh mungkin Husna akan mengelakkan diri..itu sahaja yang boleh dibuatnya..Kini hidupnya kembali dengan duka..Air mata selalu menjadi penemannya sejak bertemu dengan Encik Adam… Husna tahu lelaki ini bukan Zikri..malah perangainya jauh berbeza dan yang nyata Zikri sudah lama meninggalkannya..
“Husna..you jangan nak tipu I..mengaku ajelah you suka kat I..I tahu you saje buat tak layan padahal you memang sukakan I..”
“Encik Adam boleh anggap saya apa aje..tapi saya tak pernah sukakan Encik!!” Malas aku menjawab perihal bosku ini…Dia seakan tahu aku selalu memerhatikannya..Bukan aku sengaja tetapi rinduku pada Zikri menyebabkan aku begitu..
“So..kalau macam tu tak salahlah I kata you ada hati pada I..dan you memang cintakan I”
“Encik Adam dah gila ke apa? Habis girlfriend Encik Adam tu tak cintakan Encik lah macam tu..Baik Encik Adam jaga buah hati Encik Adam daripada menjerat saya..ya..saya mengaku saya selalu perhatikan Encik Adam..but it does’t mean that I love you..no..you got it no!!” marahku dan aku pantas melarikan diri..
Apa lagi yang dapat aku katakan ..Hatiku sudah parah..malam itu mama menjadi tempat aku meluahkan rasa hati..Dan esoknya mataku bengkak kerana terlalu banyak menangis..Tindakan nekad telah aku ambil, notis 24 jam telah aku bagi dan nyata Encik Adam tak dapat menerimanya..Malam itu tiba-tiba dia wujud di rumah sewaku…
“Husna..betul awak dah tak cintakan saya lagi!!Awak dah tak kenal saya lagi” Pelik..kenapa akhir-akhir ini gayanya macam Zikri..”You don’t know me Husna…Husna look at me..”
“Apa lagi Encik Adam mahu ni..saya..saya..saya kan dah berhenti..dan tak akan ganggu Encik Adam lagi”
“Betul ..you tak kenal I lagi Alia..” pantas saje mataku memandang matanya..
“Encik Adam jangan samakan saya dengan perempuan lain..saya tak ada hati walaupun sedikit pada Encik Adam..”
“Betul..walaupun saya ni Zikri”
“Zik…Zikri..mana Encik Adam kenal Zikri!!”
“Because that person is me… Adam Zikri..don’t you remember me Alia Husna..Will you marry me!!!”
Rupa-rupanya selama ini dia masih hidup..tetapi disebarkan oleh keluarganya perihal kematiannya semata-mata ingin memisahkan kami..Ternyata jodoh kami kuat…





1 comment: