Tuesday, March 10, 2009

Maniskah cintamu

Imbasan 6 tahun lepas kembali terlayar di fikiranku..Semua bermula dengan tragedi yang berlaku pada keluargaku..Aneh tapi benar, daripada kemalangan maut itu hanya aku yang terselamat..manakala ibu,ayah dan kakakku meninggal semasa kejadian itu..Waktu itu duniaku gelap bila aku tiada tempat bergantung..Nasibku baik kerana Puan Sallina dan Tuan Harun sanggup mengambilku sebagai anak angkat. Bermula di situlah hidup baruku bermula..nasib baik exam PMR tidak terjejas disebabkan peristiwa itu..Banglo kediamanku disewakan kepada orang lain sementara aku menetap dengan keluarga baruku..Saat itu aku memiliki 2 orang abang angkat…abang Hafiz dan abang Hariz. Namun aku lebih rapat dengan Hariz memandangkan abang sulungnya belajar di luar negara..Lama kelamaan hubungan itu semakin erat dan kami bercinta dalam diam…Tetapi rahsia kami terbongkar dan nasibku baik Puan Sallina dan Tuan Harun sporting..Sejak itu batasan kami dijaga elok, malah Hariz dan aku sering dinasihatkan menjaga batasan pergaulan kami..Setahun kemudian kami ditunangkan sebelum Hariz berangkat ke luar negara walaupun waktu itu aku masih di alam persekolahan..
***************************************
Hari itu selepas 4 tahun, dia pulang..mulanya aku tidak berkesempatan untuk menjemput Hariz di airport tetapi disebabkan hal teknikal..kerjaku ditunda..Hancur sudah hatiku waktu itu..baru saja aku ingin mendapatkan umi,abah dan Hariz, senyum dan langkahku mati bila ternampak kelibat seorang gadis yang memeluknya..langkah kakiku terhenti dan air mataku mengalir laju dan aku meninggalkan kawasan itu supaya tak disedari keluarga angkatku… Malam itu, dengan beratnya langkah kaki ini untuk pulang ke rumah..Namun aku berpura-pura ceria..
“Assalamulaikum…” aku memberi salam seperti biasa..
“Lewat Lia hari ni..”tegur umi dan aku lantas menyalaminya seperti biasa..
“Em..biasalah umi..model buat hal..patut awal dan siap..Abang Hariz dah sampai” memang model tu buat hal..tapi kerjaku sudah tertangguh..memang aku free hari ni..tapi hatiku sakit..
“Hariz dah balik...umi suruh dia rehat..esoklah Lia sembang ngan Hariz ya..” tapi aku tahu..Hariz sekadar mengelak untuk berjumpaku..mana mungkin tak mahu berjumpa buah hatinya..kalau dulu, pantang aku tak dilihatnya…mungkin umi sekadar menjaga hatiku..umi memang sayangkan aku…
“Lia naik dulu ya umi..”lantas aku angkat kaki..ketika aku melintasi bilik Hariz aku lihat ada bayang-bayang semacam berulang alik di sebalik pintu..Begitu sekali dia ingin mengelak dariku.
**********************************************
Hari-hari berlalu kami bagaikan orang asing sehinggalah suatu hari aku lihat gadis airport itu berada di rumah sambil bergelak ketawa..hatiku makin pedih bila lagu kegemaranku dinyanyikan oleh gadis itu sambil Hariz bermain gitar..kalau dulu, itu adalah rutin kami berdua jika lapang..Hariz berhenti bermain gitar tiba-tiba bila terlihat aku di muka pintu…
“Lia dah balik..awal hari ni..” nadanya seakan bersalah..mungkin aku mengacau saat romantik mereka.. “who is she sayang??” gadis itu bertanya sambil memeluk Hariz..”She…she…meet Lia..tunang Riz” Dia masih mengaku aku tunang dia rupanya..dasar lelaki..”You mana boleh macam tu..habis I ni siapa” jerit gadis itu..Aku terus masuk ke bilik..malas menyaksikan drama itu..Hatiku ini dah cukup luka.kalau tak kerana umi dan abah..sudah lama aku pindah keluar.. Lama aku di bilik mandi..bila aku keluar dari bilik air dengan bertuala..Aku lihat Hariz di beranda bilikku..di waktu dia berpaling, terpegun dia melihatku dalam keadaan sebegitu.. Baru sahaja aku ingin melarikan diri ke bilik air dia mencengkam tanganku..
“You dah gila ke…lepas..siapa bagi kebenaran masuk bilik I ni..lepaslah…I cakap kat umi nanti..nahas you..”
“Lia listen..listen sayang..abang bukan nak buat perkara tak elok pada Lia..just listen..”
“You listen..keluar dari bilik I..kan umi dah cakap you tak dibenarkan masuk bilik I walaupun you tunang I..keluar..keluar..”aku meronta supaya dia melepaskan tanganku..entah macam mana kami berdua terjatuh di atas katil..Nasib baik tualaku tidak terlucut tetapi keadaanku waktu itu memang merbahaya..Tangannya sudah membelai mukaku dan rambutku…
“Riz..Riz…Lia rayu..jangan buat Lia macam ni..”aku sudah menangis waktu itu..Aku sedar..waktu itu dia boleh saje merampas apa yang berharga pada diriku kerana tiada siapapun di rumah pada waktu itu..Akhirnya aku ditinggalkan seorang diri selepas dia mengucupku..cepat-cepat aku mengunci pintu..
Sejak itu aku seboleh mungkin mengelak darinya..malah aku hanya menunjukkan muka waktu dia tiada di rumah…Malah umi dan abah sudah tidak terkata dengan sikap dingin kami..Aku akhirnya nekad berpindah rumah selepas diserang oleh gadis airport itu..bengang terasa kepalaku bila ditampar dan dimalukan oleh gadis itu di tempat kerjaku..Hari itu aku bersemuka dengan Hariz..Aku menerpa bilik kerja Hariz bila pulang hari itu…Pintu bilik ku buka kasar..
“Lia..kenapa sayang.”
“Stop call me sayang..” tempikku sambil mencabut cincin di jariku lantas aku letak di tangannya…”Mulai hari ini kita berdua tak ada apa-apa hubungan..jangan cari Lia dan jangan muncul depan Lia lagi..Lia doakan abang bahagia dengan Amy..” habis ayat itu aku lantas berpaling tetapi tiba-tiba dipeluknya aku waktu itu…”Lia..jangan macam ni..Lia boleh hukum abang..tapi jangan putuskan pertunangan kita..abang tahu abang salah..banyak menyakitkan hati Lia..but the truth is..bukan niat abang...abang sayangkan Lia.”
“You tak payah nak buat drama lagi..Lia sedar siapa Lia..apa pun alasan yang you bagi I takkan terima” Aku tahu mungkin dia hanya ingin menjaga hatiku, umi dan abah, padahal gadis lain yang dia cintai..”Lia dah bosan..Lia tak mahu berlakon macam tak pernah berlaku apa-apa..dan suruh kekasih abang Hariz jangan ganggu Lia lagi..cukuplah Lia seorang yang terluka..Lia rela kita putuskan pertunangan kita..biar Lia undur diri..biar Lia aje cakap kat umi yang Lia dah tak sukakan abang..Lia yang curang..ok,,let me go!!Please” tempikku..
Entah bila umi balik..sedar-sedar dia pengsan di muka pintu..
Niatku untuk berpindah ditentang hebat oleh abah dan kerana hajat umi itu niatku terbantut. Malah umi memujukku tetap menerima Hariz..
“abang tahu Lia bencikan abang..silap abang kerana terlalu ikutkan perasaan abang sehingga hanyut..tapi percayalah kat abang Lia..abang masih sayangkan Lia..”
Aku hanya senyap membisu..Aku biarkan waktu berlalu dan tentang jodohku..aku serahkan betul-betul pada takdir..

2 bulan selepas itu kami diijabkabulkan juga akhirnya di atas kehendak umi..Dan kini aku seharusnya bersyukur kerana akibat daripada kejadian itu aku bertemu bahagiaku..Dari jauh kulihat suamiku melayan keletah anak kembarnya bermain pasir pantai..itulah Hariz Harun..suamiku!!

4 comments:

  1. cte ni mcm too fast..
    n susah skit nk tngkap...

    ReplyDelete
  2. sapa amy tu ngn hariz??
    nape dia tiba2 muncul..pastu pas hariz n lia kawin,amy tu g mana?

    ReplyDelete
  3. hmm....
    pening skit citer ni...
    but bleh thn...

    ReplyDelete
  4. ni mcm cite lmaran kedua
    kreatif punyer buku
    it's?

    ReplyDelete