Thursday, October 28, 2010

Takdir Cinta

Di mana cinta itu bermula..rupanya sudah lama namun.. kelincahan dan kenakalanku di waktu alam remaja menyembunyikan perasaan nan satu ini. Ia hadir tanpa aku sedari pucuk pangkalnya..


Mia…itulah panggilanku..Kerana keseronokan mengejar kebebasan di alam remaja..aku kehilangan arah. Mungkin kerana hidupku yang dilimpahi kemewahan, mama dan papa yang tidak pernah melarang apa yang perlu dan tak perlu..aku hanyut…

Hanyut ke mana? Taklah sampai terikut-ikut negara barat…tapi ye ke? Ada sikit kot…

Satu hari itu, kerana terlalu boring..aku lepaklah dengan kawan-kawan kat shopping complex..semua aku redah..Dan perkara biasa bila aku ngan bestfriend aku main bila sedang makan…permainan truth or dare..Tup..tup bila tiba giliran aku..aku sahut cabaran..dan apa yang perlu aku buat adalah perkara gila yang tak pernah terlintas dalam fikiran aku..Dila dengan Mimi sudah berbisik sesama sendiri..

“Weh..apa bisik-bisik ni..biasa open je..kau orang suruh buat apa ni?”

“Okey..kami suruh kau buat…” mereka berdua dah mengangkat kening sesama sendiri..

‘Sudah!!lain macam aje ni..’

“Cakap la..nak suruh Mia buat apa?”

“Emm..you see that guy..”

“Mana..mana?”

Aku dah siap pusing 360 darjah dah saat tu..namun tak nampak langsung batang hidung..

“Mana?”

“Ek eleh Mia…kau rabun ke?? Mamat tu punya handsome kau tak pandang?”

“Mana?”

“Tu…yang dekat kaunter tu..”

“oo..tu..nak suruh aku buat apa? minta no phone..beres..no hal lah”

“Weh..kami ada cakap kami nak no phone dia ke?”

Aku tersenyum kambing..”He..tak ada..”

“Mari sini telinga aku nak cakap..”

“Telinga je ke? Habis lah telinga aku yang cantik ni”

“Eii..perasan tak habis..cepatlah!!” Aku dengar

“Woit..gila ke!! Kau orang nak suruh aku mati kena tampar ke”

“Relax la..mengaku kalah ke?? Aku tengok dari tadi dia sorang-sorang je”

“So??”

“Tak mau aku..”

“Eleh Mia…biasanya kau kacang aje..sejak bila kau penakut ni..”

Lama aku fikir…last-last aku setuju..

“Tapi kau orang kena buat sesuatu….”

“Apa?”

“Lepas aku buat..kau orang berdua tunggu kat pintu keluar..”

“Kenapanye..”

“Apa lagi..sedia nak cabutlah…”

“Ok done..”

Aku jalan perlahan-lahan..Minah 2 orang tu dah tergelak sambil ambil barang-barang nak cabut..

“Excuse me..”

Lelaki itu berpaling..

“Ya..?”

“Saya minta maaf banyak-banyak…saya harap awak jangan marah ye?”

“Sebab apa..”

“Sebab..ni” aku cium pipi dia dan terus lari…

Gila…betul-betul kerja gila..Ingat sekali macam gadis murahan aje..Mungkin lelaki tu ingat aku kurang siuman apa..Ye la..dah lah langsung tak kenal..buat kerja macam orang kurang wayar aje…Dan sejak ari tu aku memang serik dah main permainan tu..Aci kerat jarilah aku tak main lagi..Itulah perangai gila-gila aku waktu tu..dan bermula dari situlah fikiran aku ni macam tercabut wayar kat mana-mana, Mana taknye..tiap kali aku tidur memang akan termimpi mamat seorang ni..menghantui tidurku yang selama ini lena..Lebih kurang 3 bulan jugaklah..fikiran ni macam tak betul sikit..

Dila dan Mimi pula turut menyesal sama sebab kejadian itu serba sedikit merubah perangai aku ni..jadi baik sikit..tapi sikit je..lepas tu buat jahat balik tapi tak ada la sampi buat idea gila macam ari tu…

****************

Setahun berlalu…

Sekarang aku dah jadi student u dah..Cayalah..berjaya juga aku kejar cita-cita…tapi yang tensionnya, naik semesta 3 ni aku punya roommate punyalah kuat study…gerun aku..tiap kali aku bangun tidur ke, sebelum tidur ke..mesti dia dengan buku dia je…Aku yang jadi roommate dia pun dia cakap ala kadar aje..budak medic la katakan..Kalau aku..kerat jarilah kalau aku study macam tu..study bila exam ke kuiz..kalau tak kerja aku keluar enjoy…

Hinggalah suatu hari roomate aku tu demam tak bangun-bangun..Risau aku..aku tanya dia cakap okey..okey. Aku nak nasihat pun..tak pandai sangat..lagipun dia belajar benda alah tu..tahulah dia sakit sikit ke teruk..yang mengejutkan aku..bila dia bangun jer..dum!! alamak dah pengsan..Apa lagi paniklah aku….Saat tu bermulalah aku dan Farah rapat semacam..dia taklah pendiam..kecoh adalah..rupanya aku boleh kamceng je dengan dia..Aku siap kenal mak bapak dia lagi..Dasyat..Mak nga abah doktor..abang doktor..dia pun bakal doktor…Ishk-iskh baka doktor!!

Nak dijadikan cerita..suatu hari tu aku bercuti di rumah Farah..besar gila rumah…

“Cantiklah rumah kau Farah!!”

“Ye ke..kan kau cakap rumah kau lagi cantik..”

“Selain rumah akulah..rumah aku still nombor satu la..”

“Kurang asam kau Mia…”

Kau dah kenal kan abah nga mama aku..and sekarang aku nak kau kenal abang aku yang handsome ni…ditunjukkan padaku satu frame gambar…Puas aku kerah otakku untuk berfikir dan akhirnya…’First kiss aku’

“Abang aku ada conference hari ni..2 hari lagi dia baliklah..sibuk memanjang”

Aku lega..esok awal-awal lagi aku cabutlah..tak sanggup aku nak berdepan dengan lelaki itu…kalau dia tak ingat tak apa…kalau ingat..mana aku nak sorok mukaku yang satu ini..

Tetapi malang memang tak berbau kan..Tiba-tiba abang Farah balik mengejut..aku yang ketika itu sedar bala akan menjelma…cepat-cepat aku ingin lari sembunyi dalam bilik..tapi..malang tak berbau kan…baru saje aku berpusing….aku kaku di depan lelaki itu..dengan lain perkataan..aku terkejut kerana..mukaku hampir mengenai pipinya sekali lagi…secara tak sengaja…habislah rahsiaku bocor nanti…Lelaki tu berkerut-kerut seakan mengingat sesuatu…

“Along!!! Mia!!!ingat ni dalam drama ke..jatuh cinta pandang pertama ke??” lancang mulut Frarah menyebabkan aku kembali ke dunia nyata!!

Sementara lelaki itu tersenyum manis..

“So..ni lah Mia…kawan kesayangan adik??”

“Em..of course…and kalau along berminat..Mia ni masih kosong…” siap promote lagi…

‘kurang asam betul si Farah ni’

“Em..that’s good..” tiba-tiba farah menghilang meninggalkan aku terkebil-kebil di situ..

“Have we meet before?” dan aku senyap….lama aku baru jawab..

“Entah!! Dalam mimpi kot..”

“Em..dalam mimpi…betul..tiap-tiap malam saya mimpikan awak..akhirnya saya jumpa gadis yang saya cari..baru saya ingat…awak kan yang…” dia menunjukkan jari ke pipinya…

‘Alamak..dia memang ingat la..amma..appa..tolong…’

“Jadi awak hutang saya satu..and saya nak tuntut hutang tu..”

“Tun..tun..tuntut hutang??”

“Ya…kali ni saya pula yang cium awak??”

“Dah gila ke??”dia tersnyum…

“Tapi selepas awak dah sah menjadi milik saya!!”

“Mengarut apa ni??”

“Tak mengarut…actually..mama..papa ngan kawan kesayangan awak tu yang planning nak jodohkan kita..ok..saya setuju..”

“Saya tak setuju!!”

“Kenapa?”

“Saya tak kenal awak..”

“Kita belajar dan mengenali lepas kahwin nanti..”

“Awak dah gila ke??”

“Em..mungkin gila selepas awak cium saya dulu!!saya tercari-cari..tetapi tak jumpa!!”

“saya akan cakap pada mama saya setuju nak kahwin dengan awak..”

“Saya tak nak!!!”

“We will see…tapi saya memang dah lama cintakan awak dalam diam..”

4 comments:

  1. sempoii la crita ni hehe,brani gilak main aci kiss ja huhu...adakah akn ada next n3 untk crita ni?(~,^)

    ReplyDelete
  2. sambunglah special n3 pula singkat sgt citenya macam tergantung je.

    ReplyDelete