Sunday, August 30, 2009

Cinta Pertama

Kata orang…saling menyayangi dan mencintai..tak seharusnya bersatu..Pahit untukku menerima hakikat bahawa kasihku kali ini juga kecundang…kalau dulu, mungkin aku dapat terima kerana cinta monyet di waktu alam persekolahan..aku berpisah kerana halangan keluarga..dan saat ini..kerana sebab itu jugalah aku berpisah dengan Zul..Pedih apabila aku terpaksa menerima hakikat bahawa Zul akan bersanding di pelamin minggu depan…
Pada awalnya aku amat kecewa kerana Zul seakan tiada pendirian untuk mempertahankan percintaan kami selama 3 tahun ni..Tapi kalau itulah keputusan yang dia ambil..apa kudratku untuk menghalang.
Sebulan dah berlalu dan hampir sebulan sudahlah Zul mendirikan rumah tangga..Untuk menghilangkan kekecewaan yang merundung hatiku..aku nekad untuk berpindah di Perak memandangkan pertukaran yang aku pohon diluluskan oleh pihak atasan. Tugasku untuk mengajar di matrikulasi kadang-kadang menghilangkan beban dan penderitaan yang aku tanggung..Dan entah petanda apa kali ini..aku terserempak dengan Fitri, cinta monyetku..
“Farah Alyana…betul kan??”
“Sorry…did I know you..furthermore…my name is Hana…Hana Farisya..rasanya awak silap orang ni..”
“sorry..muka awak macam my ex..never mind..sorry again..”
‘Fuh..nasib baik…my ex??? Schoolmate..girlfriend..apa saje asalkan aku tak terlibat dengan cinta yang terhalang ni..dah cukup hatiku menanggung derita..aku tahu aku sebatang kara..dan sekarang aku sedar, aku kena sedar diri sebelum terlibat dengan seseorang..Maafkan Alya, Fit…Alya terpaksa menipu Fit untuk pastikan hati Alya tak terluka lagi..Pedih Fit..kata-kata mama Fit yang menuduh Alya sekadar perempuan murahan untuk menumpang senang..Alya bukan orang yang tamakkan harta..tapi Alya orang yang tamakkan kasih sayang..yang tak pernah Alya kecapi setelah pemergian mengejut keluarga Alya..’
“Miss….miss Alya…miss tak apa-apa?”
‘Terkejut aku bila disergah suatu suara..’
“Saya tak apa-apa Syuhada..dari mana ni?”
“Shopping miss…miss?”
“samalah..ok..see u in my class..”
“Sure miss…”
……………….
‘Haidy Fitri..seorang lelaki anak kacukan UK di sebelah datuknya dan Malaysia…ayahnya seorang duta, selalu bekerja di luar Negara..dan aku sudah lama tak berjumpa dengannnya sejak kami clash dulu..
“Cik Alya!! Masih khayal ke?? Dari tadi Encik Hisyam ni tegur..saje je jual mahal” tegur Kak Sal..
‘Hisyam..ni lagi seorang lelaki yang menagih cinta dariku..tapi hatiku ini sudah ku bekukan untuk hubungan sebegitu’
“Bukan jual mahal Kak Sal..saya duk fikir ni..apa saya kena buat untuk handle kakitangan hospital yang datang untuk kempen kesihatan ni…saya kan orang kuat program tu..”
“Em..ialah..tulah orang suruh kahwin cepat-cepat..nanti tak lah pening buat kerja-kerja yang orang bujang kena buat ni..”
“Tak apa Kak Sal..saya lebih rela mencurah bakti pada masyarakat daripada benda macam tu Kak Sal..”
“Hisyam..tak dapat akak nak menolong..keras betul hati buah hati kau ni..”
“Kalau ye buah hati saya..senang la sikit Kak Sal..ni sikit pun tak ada..” Hisyam dah mula memerliku..itulah salah satu perangai yang aku tak gemar tentang Hisyam..cakapnya tu terlalulah menyekit…
………………………..
“Alya…muda bangat la orang yang bagi ceramah kali ni..biasa yang dah perut gendut ke..yang berjanggut ke..tapi ni..hmm.first class…ada can nak buat laki ni..”
‘Ni lagi seorang..Nadrah ni pantang kalau nampak laki handsome..mulalah perangai gatalnya timbul..tak padan dengan nama pendidik..’
“Cik Nadrah..kalau nak sangat pergi la mengurat..nanti melepas?” gurauku..
“Betul..kau temankanlah aku nanti ek..nanti tak nampak sangat..”
“Eh..kenapa aku pulak!! Kau yang nak pasang jarum kenapa ajak aku sekali..nanti tak pasal-pasal dia syok kat aku baru padan muka kau tu..”
“Pulak kan…nanti kalau dia syok kan kau..habislah aku..Kenapalah kau ni cantik sangat..muka licin..putih pulak tu…tak macam aku dah gelap..berjerawat pulak tu…”
“Cik Nadrah..paras rupa dan warna kulit tak melambangkan orang tu baik budi..yang penting yang dalam ni suci dan bersih..”
“Ok..miss Alya..kau teman aku ek!!”
“Ahh..tak ada masa aku..”
………………………………………
“Alya…cepatlah..Kak Sal panggil makan kat café sekarang!!”
“Kejap…em..jom” tapi bila aku sampai..jantungku terasa berhenti berdenyut..dan aku rasa mukaku pucat..
“So..this is Nadrah Aini and this leaders for the campaign. Farah Alyana” Bum!!! Hancur rahsiaku!!
………………………………………
Seminggu berlalu..dan seminggu tu jugaklah aku MC..demam terkejut..yang makin membimbangkan…aku rimas dengan panggilan telefon rumah dan hp sehingga aku matikan hp dan cabut wayar telefon rumah..aku terasa demamku makin kuat bila Fitri yang menelefon dan bertanya khabar..yang aku tak tahan..nama Zul muncul balik dalam diari hidupku..dan siap merayu supaya aku kembali padanya..kira baru 3 bulan dia kahwin..habis isteri dia..dia nak campak kat mana…Pening aku dengan lelaki yang tak pernah nak fahami hati perempuan..bila nak merayu-rayu..keuar semua jenis ayat cinta..tapi kalau nak putus ke..senang aje cakap..kita tak ada jodoh..keluarga tak restu!! Hipokrit!!

Hari ni hari pertama aku mengajar selepas bercuti panjang…
“Alya sihat??” tanya Hisyam tiba-tiba..
“Dah..kalau tak..alamaknya sambung MC”
“Of course..Alya..kenapa you tak boleh terima I..” tiba-tiba kepalaku berdenyut..
“Encik Hisyam..boleh tak jangan ungkitkan benda macam tu sekarang..saya baru sihat dari sakit..nanti tak pasal-pasal saya kena sambung MC”
“Sorry..tapi saya tak boleh..bila saya tahu ada orang tengah kejar awak..kalau yang single lagi..it’s ok..tapi sampai yang ada isteri tu..itu dah lebih” aku mengerutkan dahi..
“Apa awak mengarut ni..”
“Betul..kalau setakat Dr. Fitri..ok lah sebab I ngan dia sama-sama bachelor..tapi about your ex yang dah kahwin tu..I risau la..”
“Mana you tahu semua ni..ni mesti Nadrah??”
“Nadrah satu..tapi..this gossip semua orang dah tahu tau..ialah..kat HEA itu sejak minggu lalu..orang asyik cari awak je..siap minta alamat lagi..so..rasa macam artis tak?”
“Macam tu sekali ke??”
Gila..ni semua kerja gila!!!Apa aku nak buat ni..takkan nak pindah lagi kot..Sedang aku berfikir-fikir untuk selesaikan masalah..tiba-tiba aku lihat dari jauh orang sedang membawa sejambak bunga..Dup..dap..dup dap…
“Hai…”
Siapa lagi kalau bukan…..Zul…..
**********
“Apa yang you nak sebenarnya..you sedar kan you dah kahwin..so, be rasional”
“I am rasional right now..baru I sedar..I tak boleh hidup tanpa you!!”
Aku ketawa sinis…mungkin kalau dia cakap sebelum dia berkahwin..aku menerimanya dengan rela hati..tetapi sekarang..tidak mungkin..aku tak akan sesekali merosakkan kehidupan perempuan lain walaupun lelaki ini aku cinta dan sayang separuh hati..Aku berjaya memujuk hatiku bahawa dalam bercinta perlukan pengorbanan..dan pengorbananku adalah merelakan apa yang orang kucintai memilih cara hidupnya..tapi aku bukan dasar perosak!!
“You sedar tak..dah terlewat..dan satu yang I belajar daripada you, ukur baju sendiri sebelum berangan..kita tak sekufu..lagipun your parents tak sukakan I kan..dan sebab yang kukuh..you dah ada isteri..you ni suami orang..”
“Apa salah I suami orang..lagipun parents I dah bagi kebenaran I kahwin dengan you..lagipun lelaki kan boleh kahwin 4..”
‘Adakah ini lelaki yang aku cintai dulu..nyata sekarang aku sudah tidak kenal lelaki ini..jauh sudah berubah perangainya..’
“Dah terlambat pun kalau parents you dah setuju…ya, lelaki boleh kahwin 4..I tak nafikan..tapi I bukanlah seorang perempuan yang sanggup kongsi suami..lagipun I tak nak lukakan hati insane yang bernama wanita..sebab I faham betapa peritnya apabila melibatkan perihal hati”
“I boleh ceraikan Dila..kalau itu yang you mahu”
“You sanggup?” tanyaku sekadar ingin menguji..nyata Zul menganggguk..
“Tapi I tak sanggup..”
“But why??”
“Kerana saya dah tak kenal awak..you change a lot..futhermore..you dah jadi sejarah dalam hidup I…so, I harap you balik dan baiki hubungan you dengan isteri you..I balik dulu..”
‘Kacau…kacau..’
“I akan pastikan you jadi isteri I” jeritnya menyebabkan orang yang ada dalam restoran menjadi penonton drama yang tak bertauliah ini..”
*********
Oleh kerana tiada baju baru untuk dinner perpisahan pelajar..aku mengunjungi butik di Ipoh dan tak ku sangka aku terserempak pula dengan Fitri..
“Hai..dah sihat”
“Hai..em..kalau tak, taklah I kat sini”
“Ya..of course..Jom..jumpa mummy I.” ditariknya tanganku ini..macamlah aku ni isteri dia..Percuma aje aku dapat dosa free..
“Mummy..ingat lagi tak..Alya, my girl”
Aku ingatkan aku akan disumpah seranah..tapi lain yang jadi, dipeluknya aku saat itu..barangkali dunia dah terbalik..orang yang bencikan aku bagai nak rak dulu..tiba-tiba boleh semesra ini…
“Mummy ingat..mummy minta maaf Alya..Fit, banyak cerita tentang Alya sejak kebelakangan ni..dinner rumah mummy malam ni ya..”
Entah apa mimpi..boleh pulak aku sesat ke sana..nyata layanan keluarga Fitri terhadapku sungguh mesra..begitu jugak Fitri…
***********
Nombor di tanganku sudah lama kurenung..sama ada nak telefon atau tidak..biasanya Fitri yang menelefonku ke talian rumah kerana aku enggan memberikannya nombor hp ku..lagipun dia tak memaksa..
“Hello..boleh cakap dengan Dr. Fitri..”
“Dr. Fitri here..” suara itu macam baru bangun dari tidur..
“Alya ni..” Fitri yang mengantuk kerana baru lepas shif malam terus terjaga apabila tahu itu Alya…sebenarnya tadi dia nak marah siapalah yang mengganggu tidurnya tadi..
“Em…kalau Fit nak tidur Alya telefon semula nanti..ok, bye..”
“Alya..Alya..wait..Fit dah bangun..Em..apa mimpi telefon Fit ni..biasanya Fit je yang rajin call”
“Em..boleh tolong Alya tak?”
“Tolong apa?”
“Boleh tolong menyamar jadi kekasih..eh bukan…jadi tunang Alya tak??”
“Why??? Zul??”
“Fit tahu?”
“Fit tahu semua tentang Alya..dari A-Z”
“Fit tahu dari mana?”
“Itu tak penting..Fit tahu Alya nak larikan diri dari Zul kan..ok..Fit boleh tolong…tapi dengan satu syarat!!”
**********
Aku ingat dengan meminta tolong dari pada Fitri..aku akan terlepas..tak sangka..syaratnya menyebabkan aku putuskan talian dengan tiba-tiba…
*********
“Hana….Hana..mana pulak perginya…ya Allah..Hana Farisya!!..buat apa kat dalam kolam ikan tu..naik..sebelum mama marah!!naik cepat” marahku..
“Tak nak naik..mama dah marah..”
“Hana Farisya!!” naik terus tekanan darahku..pandai betul menjawab anakku ini..mengalahkan orang yang sudah bersekolah padahal baru umur 4 tahun…
“Hana…buat apa dalam kolam tu…naik cepat..nanti kalau tak naik…papa tak beli patung Barbie tau..” cepat saje Hana naik bila ditegah papanya..
“Em..manjakanlah anak awak tu…”
“Anak saya seorang ke?” perli suamiku..
“Abang ni kan memang..”
“Sayang…jangan marah-marah..tak elok..ni baru seorang..kalau dua lagi keluar macam mana nak handle ni??” tanya suamiku sambil mengusap perutku yang memboyot…2 minggu lagi kembar kami akan lahir..
“Tak apa..papa boleh handle kan”
“Em..papa jugak..habis mama buat apa?”
“Goyang kaki” jawabku..dan suamiku hanya tertawa riang..Itulah Hardy Fitri..kami disatukan setelah mengalami banyak dugaan..dan penyebabnya…mungkin juga sebab Zul..kalau bukan kerana Zul yang mengejarku dan memaksa aku kahwin dengan dia…tak mungkin aku menerima syarat Fitri..
“Ok…I tolong..tapi..you kena kahwin dengan I……”

4 comments: