Friday, August 21, 2009

Kasihku

Mungkin aku adalah antara gadis yang tak bisa melepaskan kasihku pergi..tetapi setakat mana tahap kesabaranku itu akan kekal…kata orang cinta itu buta..ya, aku memang dibutakan oleh cinta sehingga pahit yang ku terima….Sehinggalah aku nekad untuk memutuskan kasih yang begitu lama aku pertahankan..hampir 8 tahun kami menyemai kasih..kusangka, kesetianku akan megikatnya..namun jarak antara kami bukan sekadar memisahkan kami..malah di situlah bermula detik kecurangannya…Pergilah kasih..ku relakan dikau pergi…
“Vee..call for you..”
‘Siapa pula yang kacau malam-malam minggu macam ni..dahlah penat bekerja masih belum hilang..’
“Hello..Vee…help me…you kena tolong I kali ni..”
‘Em..tak ada orang lainlah tu…mamat ni kalau tak kacau hidup aku dalam sehari tak sah..nak kata aku ni kekasih dia..jauh sekali..simpang malaikat 44…tak ada masalah cari masalah..tetapi aku tak tahulah kenapa aku selalu lembut hati aje dengan Ikhwan ni..’
“Em..apa pulak kali ni Encik Ikhwan Hazami…”
“Ni yang buat I sayang you ni Vee…”
‘Em..dasar lelaki playboy..perkataan sayang..honey..sweetheart..sudah lali di mulutnya..’
“Hello Ikh…you ni..masih mimpi ek…jangan samakan I dengan perempuan-perempuan koleksi you tu..cair dah tahi telinga I..nak termuntah..sayang konon…boleh jalan..apahal ni..ganggu orang tak kira waktu..”
“Alah sayang..you sorang je yang special..yang lain tu spare part..”
“Em..ya lah tu..boleh jalan..sebelum I tamatkan talian ni..cakap terus-terang..tak payah putar belitkan fakta..”
“You tahu kan..em..”
“Siapa pula kali ni..”
“Model…”
“Habis tu..apa masalahnya..”
“Dia ni lain sikit..tak faham-faham bila I cakap nak clash..”
“tu lah..siapa suruh main dengan api kalau takut terbakar..”
“Help me Vee..”
“Buatlah macam biasa..”
“Cara biasa tak jalan la Vee..I dah cakap you ni kekasih I..dia tak percaya..last-last I cakap tak lama lagi kita nak bertunang dan kahwin..dia kata I tipu..”
Aku yang waktu itu dengar sambil lewa terkejut..
‘Apa?? Bertunang..nak kahwin..dengan Ikhwan Hazami..kirim salam..’
“Wait..wait..apasal keluar bab tunang kahwin ni…ni dah lebih tau Ikh..”
“I terpaksa…”
“Esok you temankan I pergi function my office ya…supaya Tasya tu percaya..kita akan kahwin tak lama lagi..”
“No..I tak mahu!!”
“Vee…please..or should I tunggu depan rumah you sampai you keluar..”
“You jangan buat hal Ikh..”
“Memang I nak buat hal..lagi senang I suruh mama I pinang you terus..bukan you tak tahu mama I memang berkenan sangat dengan you!!”
“You ugut I??”
“Yes..I am…”
Entah kenapa aku temankan jugak Ikh malam itu..
“Sayang..senyum la sikit..macam kena paksa aje..”
“Memang pun..so, jangan banyak tanya..nanti tak pasal-pasal I marah”
“You know Vee..you nampak cute bila marah!!”
“Shut up!!”
“Ok..sayang!!”
‘Gila..Ikhwan memang gila..tetapi yang aku hormati ?Ikhwan..dia sangat jujur padaku..itulah keistimewaan yang dia tunjukkan padaku…jauh sekali dengan Airil..jejaka yang dahulu bertakhta di hatiku yang juga merobekkan hatiku…Ish!!Kenapa tiba-tiba keluar nama Airil ni..perasaanku terasa tidak enak!!’
Nyata perasaan tidak selesaku bersebab..aku bertemu kembali dengan Airil…yang mengejutkan..bersama buah hati Ikh yang dia nak minta clash tu..kecilnya dunia..
“Widad..Widad Nasuha!!” tegur Airil menyebabkan dua pasang mata terkejut…Ikh sudah mengerutkan kening!!
“Tasya..kenalkan tunang I…Vee..Vee..Tasya..and you?” tanya Ikh kurang senang pada Airil..
“I…Airil..ex-boyfriend Widad..dan kami nyaris-nyaris nak kahwin..kan Widad..” apa pula agenda Airil ni..dua tahun menghilang..sudah hilang pun dia dalam hidupku..apa lagi dia tak puas hati..
“Vee tak pernah cakap pun…” Ikw memandangku tak puas hati..
‘Apa kena dengan dua lelaki ni…satu tu beria-ia nak tunjukkan kami pernah ada hubungan..dan yang satu tu tak puas hati..tapi yang nyata aku tiada kaitan langsung antara mereka…yang ada Ikhwan-Tasya-Airil..Kata Ikh..Tasya tak nak lepaskan dia..habis tu yang diseret Airil macam pasangan suami isteri tu apa kes??Pening aku’
“So..boleh kita pulang sekarang?? Vee tak rasa pun Tasya tak boleh lepaskan Ikh..nampak macam mabuk cinta je ngan Airil”
“Kenapa?? Jealous..sebab your ex..”
“Tak berkait langsung..boleh tak jangan ungkit pasal ‘dia’..Vee tak suka?”
“Kenapa..sakit hati sebab dia layan Tasya..bukan Vee..”
“Apa kena dengan Ikh ni..apa hak Ikh nak tahu pasal Vee..Vee tak ganggu pun hidup Ikh..Cuma Ikh aje yang selalu susahkan hidup Vee…”
“So..Vee tak senanglah kawan dengan Ikh..” entah angin apa..terasa diriku ini macam nak meletup..Akhirnya terbitlah bom Hiroshima yang selama ni terpendam…
“Ya…Vee menyampah kawan dengan Ikh..selalu mainkan perasaan perempuan..lepas tu selalu kaitkan Vee bila nak larikan diri..Apa-apa Vee yang kena..dah banyak sumpah seranah Vee dapat tau..” tapi bila aku nak meneruskan kata-kata..aku terhenti, bila terlihat muka Ikh yang merah semacam…agaknya terlalu marah…Dan tiba-tiba Ikh meninggalkan aku terkebil-kebil keseorangan..macam mana aku nak balik ni!! Tiba-tiba aku diserang!!!
“Shima..Shima..tolong Vee..Shima!!”
“Ya tuhan!!Apa yang dah jadi pada kau ni Vee!!”
*************************
Mukaku yang lebam kerana dipukul ni menyebabkan aku berkurung dalam rumah sewaku..dengan lain perkataan..dalam bilikku..
“Vee..ada orang nak cakap dengan kau..”
“Siapa?? Kalau Ikh..cakap aku balik kampung!!Atau kau cakap aku hilang tanpa kesan..aku dah pindah ke??”
“Vee…bukan salah Ikh kan..perempuan yang tak sedar diri tu punya hal!! Aku suruh report polis kau tak nak!!”
“Sejak bila kau sebelahkan Ikh ni..sebab dialah aku macam ni…”
“Vee..keluarlah kejap..kalau kau terperuk dalam bilik pun ..muka kau lagi lambat sembuh!!”
“Malaslah aku..nanti kau kutuk muka aku ni dah kurang cantiklah..kena buat pembedahan plastiklah..ngeri aku..”
“Wei..kalau kau tak nak keluar aku report kat umi kau..kau kena serang sebab kes cemburu!!”
“Weh..janganlah..nanti tak pasal-pasal umi aku suruh balik duduk rumah temankan dia aje!!” Yelah..aku ni anak bongsu..anak perempuan tunggal pulak tu..dua abang aku tu busy memanjang..
“Habis tu..keluarlah cepat!!”
“Alah!!kau ni Shima…Aku keluarlah ni..” baru saje aku bukakan pintu..terpampang muka Ikh depan pintu!!” apa lagi..menjerit lah aku..bukan apa..terkejut..sebab apa?? Aku kalau dalam rumah seksi bangat….skirt pendek dengan baju tanpa lengan..tidak!!
Sepantas kilat aku menutup pintu tapi dihalang oleh Ikh!!
“Keluarlah…keluar? Siapa bagi masuk dalam rumah ni??”
“Vee…dengar dulu cakap I..I nak cakap dengan you ni!!”
“I kata tak mahu!!keluar!!”
“Vee…kalau you berkeras jugak I masuk dengan paksa”
“Ok..ok..nanti kejap..tunggu kat luar nanti Vee keluar” Ikh tersenyum..
Baru saje aku keluar..Shima dah tergelak-gelak..
“Kau ni kenapa Vee..dah demam ke..bertutup lingkup dari atas sampai bawah..sejak bila kau ubah penampilan ni..” aku jelling Shima dan Shima berhenti gelak..Ikh pula macam menahan tawa…Gelaklah kalau berani!!
“Buka kain tu..biar Ikh tengok macam mana lebamnya..”
“Tak perlu!!”
“Vee…” nadanya memaksa..
‘Em..ada aku kisah??’
“Widad Nasuha Wirdan…”
Suka hati nak paksa orang…Aku buat tak kisah…
“So..jangan marah kalau I yang bukakan..”
“eh..I kata tak payah..tak payahlah” marahku..
“Widad..” lain macam aje Ikh ni…tak pernah-pernah panggil aku Widad..
“Widad…kita kahwin??”
Mahu pitam aku mendengar kata-kata Ikh..
“You ni..mimpi ke Ikh…jangan sebab I kena pukul oleh Tasya you ajak I kahwin…lebam I ni dah nak hilang pun…”
“Ye…ke..kalau betul kenapa tak kasi I tengok!!”
“Kenapa nak tengok!! Tak puas hati lagi jadikan Vee mangsa”
“Vee…I’m sorry…Ikh janji Ikh akan berubah..demi kita..”
‘Kita??..mabuk agaknya Ikh ni..tak pun tersalah makan ubat..aku yang sakit..dia pulak salah makan ubat..Ishk-ishk..’
“You terlebih makan ubat ke Ikh?”
“Widad Nasuha..Ikhwan Hazami serius ni…Saya Ikhwan Hazami melamar Widad Nasuha untuk jadi isteri saya…”
“Vee tak nak..tak nak..tak mahu..tak ingin”
“Kenapa??”
“Sebab Vee tak suka perangai Ikh..tak suka Ikh langsung!!”
“Tapi Ikh sukakan Vee…dah lama..Cuma baru sedar..Kita kahwin ya!!”
“Ikh ni tak faham bahasa ke?? Vee kata Vee tak suka…TAK SUKA…ada faham??”
“TAK…”
“Berapa..ka..” belum sempat aku habiskan ayat.dia menekup mulutku dan membuang tuala yang aku letakkan untuk melindungi mukaku yang lebam itu..
“Ikh minta maaf…Ikh sayangkan Widad…baru Ikh sedar kenapa dengan Widad..perkataan sayang senang aje meluncur keluar dari mulut…tetapi dengan orang lain..susah..”
“Penipu..perempuan lain bolehlah Ikh goreng..tapi bukan Vee..”
“Ok..kalau Widad tak percaya malam ni juga kita kahwin..lagipun..umi ngan abah Widad dan ada kat rumah Ikh..Cuma tunggu Vee je…” terkelip-kelip mataku mendengar apa yang Ikh cakap..
“Ikh dah gila ke??”
“Ya…gilakan Widad..”
“Eii..sakit jiwa…”
“Vee..Ikh tahu Vee pun cintakan Ikh kan..”
“Hello..jangan nak perasan!!”
“Memang Ikh perasan pun..kita kahwin ya…”
“Tak mahu..”
“Lagipun..Ikh dah nampak apa yang tak sepatutnya kan…Em..tak sangka..Vee pakai macam tu memang cantik…”terasa merah mukaku..
“Alamaknya..lepas kahwin nanti…Vee, kena duduk rumah ajelah…takut nanti kena kebas orang”
“Eii..siapa nak kahwin ni..saya tak hingin!!”
“Vee….” Dan kami senyap tanpa suara….
“Hah…dah settle nampaknya…setengah jam kita duduk tercongok kat sini..diorang tak sedar pun…”
‘Alamak…abah..umi…mama nga papa Ikh..kantoi!!Kantoi!!’
Bila masa pula aku tak sedar ni…ni semua Ikh punya pasal..lama kami bertentang mata…sehingga tak sedar ada orang yang datang…
“Ikh..confirm la kali ni kan…kan mama dah kata kahwin je dengan Vee..mujur tak melepas..nasib baik umi ngan abah Widad tolak lamaran Airil tu..kalau tak gigit jarilah kamu!!”
“Terima kasih..umi..abah” balas Ikh..’Aik sejak bila umi ngan abah aku jadi umi nga abah Ikh ni…dan bila pula Airil masuk meminang…ish..ish musykil..’
“Vee…kamu nga Ikh ni..confirm la ye..” tanya abah..
“Confirm abah..” pantas sekali Ikh jawab..
“Ikh..bila masa abah Vee tanya kamu ni…dah tak sabar nampaknya” sakat mama..
“Memang pun mama..”
‘Eii..tak malu betul Ikh..’
“Vee…”
“Vee..ikut aje apa yang abah ngan umi cakap..”
“Jadi tak payahlah kahwin dengan Ikh..”
“Tak boleh!!!” bersatu jawapan aku dan Ikh…
“Em..confirm lah kan abahnya dan uminya Widad..”
“Emm…confirm…”
************************
“Sayang…sayang kat mana?”
Itu tak lain tak bukan..Ikh la tu…nak check line…pantang aku hilang di depan mata..
“Sayang!!!!”
“Pergilah Vee…nanti..riuh rumah ni kalau kamu tak muncul depan mata dia….bukan kamu tak tahu perangai anak kesayangan mama” sakat mama..faham sangat dengan perangai anak tunggalnya tu..
“Ya…ada apa sayang..intan payung!!pengarang hati dinda…”
“Sayang pergi mana..tak boleh ke..duduk je depan mata abang..banyak sangat kerja nak dibuat…sayang kan dah sarat..bla…bla…” itulah kerja Ikh sejak aku sarat mengandung anak sulung..semua benda ditegah..naik lemas aku..
“Ok…Vee duduk depan abang..” dan aku merenungnya sebagai tanda protes..
“Janganlah renung abang macam tu…abang nak buat kerja pun tak senang ni…”
“Habis tu..biarlah Vee tolong mama..”
“Ah..tak payah..mak Timah ada…dia boleh tolong mama…”
“Aduh!!”
“Kenapa sayang..baby dah nak keluar ke??” apa lagi tergelak aku..itu ajelah yang dia cakap bila aku mengaduh sakit..
“Em..anak abang kat dalam ni…serupalah macam abang..selalu bergerak!! Mungkin dia dengar abang cakap apa…
“Em…baby papa….jangan nakal-nakal..kasihan mama…papa sayang baby..and mama too…”

2 comments:

  1. best citer ni...
    lwk ader sumer ader..
    seronookkk...!!!
    hahahahahahaha..!!!!!!!!!!
    :))

    ReplyDelete