Friday, August 7, 2009

Sekilas Cinta

Sesudah aku sampai di rumah sewa…aku merehatkan badan..Letih!! kerana memandu selama 4 jam untuk sampai di Bandar Kuantan..dan letih kerana telah dibasuh otakku ini dengan ceramah nikah kahwin oleh abah dan umi..Bukan tidak tergerak hatiku untuk kahwin..tetapi buat masa sekarang aku tidak mahu terikat dengan komitmen..Tambahan pula..aku baru sahaja bertatih untuk memulakan kerjayaku…
Lagipun aku serik dengan cinta apabila hatiku dikecewakan kerana bertepuk sebelah tangan..dan yang paling sedih..orang yang aku sayangi itu memilih teman baikku untuk menjadi kekasihnya..dan sekarang mereka sudah bergelar tunang dan mungkin tak lama lagi akan berkahwin..aku malas hendak ambil tahu..tidak ku sangka, persahabatan yang dihulurkan Azri hanya sekadar untuk memikat Ain…namun apabila Ain menerima Azri sebagai kekasihnya, aku dibiarkan terkontang-kanting..Aku hilang sahabat baikku dan juga satu-satunya lelaki yang berjaya mengetuk pintu hatiku waktu itu…Itu kisah hampir 2 tahun lalu…
Malam ni..aku rasa teman serumahku berperangai agak pelik. Dari tadi duduk mengintai tingkap..apa lah faedahnya duduk mengintai orang..ni tak lain tak bukan, duduk mengintai balak Jue yang silih berganti..Dari muda sampailah yang tua..yang memuakkan aku, mereka dari golongan kaya yang tahap kegatalan di tahap maksimum..Aku yang tak layan lelaki seperti mereka tu pun kadang kala menjadi tempat mereka curahkan kegatalan…Menyampah tahap maksimum..ikutkan hati dah lama aku nak pindah..tapi ini adalah satu-satunya rumah sewa yang dekat dengan pejabatku dan paling murah yang aku jumpa…Maklumlah aku baru sahaja bekerja…nak beli kereta..em haramlah kerana walaupun aku dah ada lessen kereta dan sudah tamat ‘P’ nya..tapi belum pernah aku bawa kereta sendiri..Trauma dari kemalangan yang lepas masih menghantuiku walaupun bukan aku yang memandu..Jadi kenderaan awamlah jadi kenderaanku dan kadang-kadang aku menumpang Noni dan Ilah sekiranya mereka tidak lewat.
“Dee..marilah sini..aduh!! jantung aku terasa nak pecah tengok balak Jue kali ni lah…Ganteng bangat”
‘Ganteng!!!Minah ni memang pengaruh Indonnya amatlah mendalam..Sebut sahaja cerita Indonesia..petik jari dia bercerita..’
“Ganteng!! Em biarlah dia..Ada aku kisah ke?”
“Kau ni Dee..tak sporting langsung..marilah..”ajak Noni lagi..
“Alah…aku rasa Kak Rado kau lagi handsome punya…Nama hero cerita bersiri ‘Intan’ aku selitkan..maklumlah Noni ni peminat no. satu Dr. Rado..”
“A..ah la..Dr. Rado aku lagi handsome.”
“Cek porah..”
“Melepas kau Dee…cuci mata aku..”
“Cuci mata ke..tambah dosa..tengok free show”
Bukan aku nak mengata..Jue tu memang sosial sikit…setakat peluk..cium tu biasa aje bagi dia..Tetapi kalau hubungan intim tu..aku tak tahu lah..dan aku tak mahu ambik tahu..
“Tapi betullah..handsome..banyak-banyak lelaki yang Jue keluar..yang ni paling handsome..and dia salah seorang jutawan muda kat Negara kita tau..jangan main-main..”
“Ada aku kisah ke??”
“Kau ni Dee…tak syoklah cakap dengan kau..Ilah ni pun satu..time macam ni lah nak keluar ngan pakwe dia”
“Em…kata kat orang..kau pun sama..kalau tunang kesayangan kau tak outstation..jangan haraplah aku nampak muka kau waktu hujung minggu macam ni…”
Dan Noni ketawa…
“Berbalik pada kau..amacam..umi kau carikan kau calon lagi ke?”
Noni sudah terbiasa..kerana sejak kebelakangan ni umi nga abah bising suruh aku kahwin..masalahnya, aku tak mahu lagi..So, aku baliklah nak cool kan mereka..
“Em..macam biasa..aku rasa kalau aku nak kahwin..tak payahlah aku pergi kursus kahwin..umi ngan abah aku dah bagi ceramah free je kat aku..tak payah bayar..”
Dan Noni tergelak…
*************
Esoknya..sedang aku berjalan mengunjungi kedai buku MPH..dengan tak sengaja aku terlanggar seorang mamat..Em handsome…
“Maaf..tak sengaja” lalu aku kutip majalah entah apa namanya..mat salih punya majalah..
Sudah ku unjukkan majalah tetapi lelaki itu kaku di depanku..lagaknya macamlah tak pernah tengok manusia..
“Hello..awak tak apa-apa ke?” aku menayang-nayang tangan di depan mukanya..
“Ooo..sorry..awak cakap apa tadi?”
“Buku awak..maaf terlanggar..”
“Oh..thanks..tak apa..em, boleh saya belanja awak minum..”
‘Hah..lawak betul..kenal tidak..apa tidak, nak belanja aku minum..sorry’
“Em..I Afiq Farami…just call me Fiq..and you are?” Dia sudah menghulurkan tangan..
‘Sempat lagi dia nak berkenalan di tengah orang lalu lalang ni..’
“Dee..” dan aku menggeleng tanda tidak mahu menyambut tangannya..
‘Em..jual mahal..I like that’ desis hati Afiq.
“Dee…just Dee..”Afiq seakan tak puas hati..
“Diyana..satisfied..ok lah..sebenarnya saya ada janji ngan tunang saya..minta diri dulu”
Sengaja aku menipu macam tu..He, tak berkenan langsung perangai..baru pertama kali jumpa dah berani nak belanja aku..kirim salam..Tunang..Hua..Hua..nak tergelak aku..Sejak bilalah aku ada tunang ni??
**************
Entah apa mimpi..Jue ada di rumah pada waktu hujung minggu begini..biasanya kalau hujung minggu mesti lesap..Noni ngan Ilah..em, dating dengan buah hati masing-masing..
“Tak keluar ke hari ni.?” Aku dengan Jue memang tak sekepala..sengaja aku sindir..
“Nak keluarlah ni..dengan Datuk Malik…bye…”Dan dengan berjalan berlenggang-lenggok Jue melintasiku..
‘huh..aku yang perempuan pun berdebar tengok gaya Jue..kalau lelaki buaya darat tu..aku tak tahu la…’
Aku keseorangan malam ni..
“Kunci pintu sekali ek.”pesanku sebelum Jue..dan pintu berbunyi seperti terkunci..bagus..malas aku nak bangun menguncinya..
Aku naik untuk bersihkan badan..entah angin apa merasuk aku..aku membelai diriku..habis fesyen aku cuba..saje menyibukkan diri..dan aku, apa lagi..time member aku takde ni memang aku suka pakai baju tak cukup kain..depan mereka aku segan..Aku memakai baju tidur separas lutut dan tidak berlengan dan seidkit mendedahkan bahagian depan…wah..selesa angin masuk…Aku menuju ke ruang televisyen..baru sahaja aku nak duduk aku terlihat seorang lelaki keluar dari dapur..dan aku apa lagi..menjerit sakan..Dalam aku kalut tu aku mencapai gunting di atas meja..
“siapa bagi masuk..siapa suruh masuk..”namun lelaki tu senyap..dan saat itu baru aku teringat bajuku itu terlalu seksi..dan mungkin sebab itu lelaki itu senyap tanpa kata…
“Diyana..Is that you??” aku menutup bahagian dadaku..
“Keluar..saya kata keluar..” namun belum sempat aku berkata apa-apa lagi..Aku diserbu pula oleh sepasang suami isteri agaknya…
“Afiq..mama nga papa tak kira..Afiq setuju atau tidak, mama nak Afiq kahwin dengan Diyana..Diyana kan??” tanya makcik itu..
“apa??” aku terperanjat…bukan kerana terperangkap begitu tetapi tak ada angin tak ada apa..tiba-tiba aku kena kahwin..Siapa yang nak kahwin…
“Ok..” dan jawapan lelaki itu menyebabkan aku lagi terkejut…
“Tapi saya tak nak kahwin..”
“Cik Diyana…mama tak mahu kes ni naik mahkamah..orang yang kat luar tu boleh dakwa Diyana berkhalwat dengan Afiq tau..so, to make sure Diyana dan keluarga Diyana tak malu baik Diyana terima..”
***********
Sebulan berlalu..dan sudah sebulanlah aku menjadi isteri Afiq Farami bin Dato’ Ariff..dan Afiq inilah yang Noni katakan lelaki ‘ganteng’ itu dulu yang merupakan kekasih Jue..
Sampai sekarang aku tidak boleh menerima Afiq sebagai suamiku…
“Diya…Diya masih marah pada mama sebab mama paksa Diya kahwin dengan Afiq?” tanya mama suatu hari..namun aku senyap..
“Memang Diya layak marah..tapi itu satu-satunya cara mama dapat jinakkan perangai Afiq…Afiq terlalu bebas..mama takut dia terlanjur..banyak gadis yang gilakan Afiq..dan Afiq melayan..but since mama intip Afiq yang selalu ke rumah Jue..mama berkenan dengan Diya..dan mama rasa Diya lah yang boleh bentuk Afiq…dan mama tengok Afiq betul-betul sayang kat Diya..”
‘Ya..waktu awal aku kahwin dulu..aku menaruh syak..namun bila Afiq yang sentiasa berlembut dan sabar dengan tingkahku yang tak melayannya, menyebabkan hatiku kian lembut..tambahan dengan kata-kata mama ini..’
“Diya maafkan mama ya..”
“Mama tak salah..Diya yang salah..” dan hari ini aku nekad..
Bila saje Afiq pulang dari kerja hari tu..aku menyambutnya..ya aku redha dengan jodohku kini..Kukucup tangannya dan nyata dia terkejut..Aku perasan mama senyum dari jauh..
“Letih?? Abang nak air..Diya ambilkan..” nyata Afiq terperanjat..reaksinya adalah seperti waktu pertama kali aku bertemunya di depan kedai buku..Aku senyum dan lantas ingin bangun untuk mengambil air..namun tanganku ditarik oleh Afiq..
“what did you call me?”
“Abang..” kataku tenang..
“Diya terima A..fi..abang sebagai suami Diya” dia bertanya pelik..
“Memang abang suami Diya kan..”
“You mean..Diya terima abang..”
“Diya terima abang..Diya minta maaf sebab berkasar dengan abang selama ni..dan terima kasih sebab sabar dengan Diya..”
“abang yang seharusnya berterima kasih pada Diya..I love you” Dia memelukku kejap seperti tak mahu dilepaskan…
************
“Diya…Diya..”Laung suamiku dari jauh..
“Ya..Diya kat depan ni” laungku..Itulah suamiku Afiq Farami..pantang aku hilang di matanya..pasti dia terpekik melolong mencariku..
“Sayang..kan abang dah cakap..duduk diam-diam aje kat dalam rumah..ade aje benda nak dibuatnya..” bebel suamiku..rimas aku rasa..Melihat aku yang sudah menarik muka..dia berhenti membebel..
“Sayang…marah kat abang ke?” aku senyap..
“Ok..abang minta maaf…Tapi kan doktor dah cakap..Diya kena banyak rehat..tak elok untuk baby twin kita kan..” Itulah suamiku..kalau boleh sekarang..sejak aku disahkan hamil..dia suruh aku baring atas katil aje..pantang aku hilang..mulalah dia membebel..Dahlah dia suruh aku berhenti kerja terus..
“Boringlah…letih tau asyik rehat aje..”
“Ok..kalau macam tu..sayang pergi kerja..abang rehat kat rumah!!”
“Betul..ok” cabarku..
“Sayang…you love me or not..”
“Not..” dia sudah menjeling tajam ke arahku..
Dan aku ketawa kerana dapat mengenakannya..dia memelukku erat..Afiq Farami..dulu seorang lelaki kasanova akhirnya menjadi lelaki sejati bila bertemu hawanya….

5 comments:

  1. Best2.
    bt lah lg citer mcm ni....

    ReplyDelete
  2. wargh!!
    love this soo much!!
    haha..
    buat la lgi cite2 mcm neh..
    hak3..
    like afiq farami..
    huhu..

    ReplyDelete
  3. Sowy ek tpikan cita nie mcm cita alaf 21 tue lah...mcm cita pergilah sepi jer...
    tp good work emmm cba lagi ek hasilkan karya yg bermutu huhuh...arios..:)

    ReplyDelete
  4. heheheheh...
    best gak...
    watlaa lagi citer camni p lain skit..
    hehehehhe...:D

    ReplyDelete