Thursday, February 24, 2011

Masihkah Ada Sinar Cinta 6

Kini sudah 3 bulan pemergian abah..Dan aku melarikan diriku dari realiti kehidupan dengan menumpukan perhatian pada pekerjaanku..Dan sekarang..umilah yang paling rungsing dengan diriku walaupun aku kelihatan baik pada luaran..Kadang-kala aku rasa bersalah kerana membuatkan umi rungsing tentang diriku…Di rumah..aku seboleh mungkin memberikan pandangan ceria supaya tidak terkesan sedikitpun perubahanku..tetapi tidak di pandangan umi…



“Kaklang…bila kaklang nak bertahan dan berpura seperti tiada apa-apa yang berlaku..” tercetus pertanyaan itu di mulut Izzat selepas 3 bulan berlalu…


“Apa pulak berpura-pura?”


“Sampai bila akak nak pendam perasaan akak…Izzat suruh minta cerai akak tak nak…Izzat nak failkan penceraian akak tak pernah bagi respon…akak nak umi rungsing sampai bila…Kasihan Izzat tengok umi..Walaupun umi tak cakap apa-apa..Umi mahu kes akak dengan abang Zaf selesai secepat mungkin!!”


“Akak tak sanggup nak lukakan hati mertua akak Izzat!! Mereka baik sangat!!”


“Habis..anak dia tu baik sangat…”


“Izzat…”


“Izzat tak kira..Izzat tunggu sampai hujung bulan ni..kalau akak masih tak buat keputusan..Biar Izzat yang buat keputusan bagi pihak akak..Titik!!!”


Dan aku melihat Izzat pergi setelah dia bersalam denganku…Itulah satu-satunya adikku yang selalu membela diriku dan yang selalu menghormatiku…


“Izni…Hello Dr. Izni Nadira…berkhayal ke?”


“Dr. Farid..ya ada apa..”


“Makan jom..”


“I baru lepas lunch dengan Izzat tadi..”


“oo..no wonder la I nampak adik you tadi..amboi!! adik datang…teman lelaki kesayangan you ni you tinggalkan ya!!”


“Jangan nak mengarut ya…you demam ke ni?”


“I tak pernah mengarut Izni…I sayangkan you dari dulu lagi..Since we still study!! I tahu, you tahu kan…I akan tunggu dan setia menunggu”


Itulah Farid Hazami…seniorku di waktu belajar dulu..yang banyak membantuku dan tahu rahsia hidupku…Entah dari mana dia tahu..tidak pernah pula aku tahu..Dia terlalu berahsia, sama seperti diriku juga..Dialah yang selalu mengejar diriku..Dia menyintaiku secara diam..tidak memaksa..Cuma perlakuannya yang selalu ingin melindungiku kadang-kala amat merimaskan.Dan yang paling aku tidak boleh menerimanya adalah …


‘I akan tetap tunggu you Izni…Sekiranya you telah terjumpa bahagia you..Barulah I akan fikirkan diri I…I akan kahwin sama ada dengan you..or waiting for your happiness…’






Kalaulah aku tiada ikatan ini dengan insan yang bernama Adrian Zafran…Rasanya sudah lama aku menerima insan yang setulus hati dan penyayang seperti Farid Hazami yang sentiasa melindungiku…


……………………………………………..


Ku jejaki rumah mertuaku hari ini…untuk bersua muka dengan mama dan papa…Zaf, seperti biasa…dunianya hanya kerja dan Natasya..


Aku ke sini pun kerana mama yang kelihatan seperti ada benda penting bila aku menelefonnya…


“Mama sebenarnya tak mahu campur tangan hal rumahtangga Dira dengan Zaf..tapi mama rungsing ni..”


“Apa yang mama rungsingkan”


“Dira ada gaduh dengan Zaf tak?”


“Tak ada pun ma..” pantas saje aku menjawab..Ialah, mana aku pernah gaduh dengan Zaf kerana selama ini aku hanya mengalah..Satu nama timbul di ruang mindaku..


“Entah kenapa…Zaf selalu mengelak kalau mama tanya..Dira ada tahu apa-apa”


“Tak ada pun ma..” Sebenarnya aku amat tahu sangat apa yang mama rungsingkan..NATASYA…Berdosakah aku apabila aku yang tersepit di saat ini berpura-pura tidak tahu…


…………………………………………………….


Tepat pukul 12.00 malam, barulah kelibat Zaf kelihatan..dan nyata dia amat terkejut dengan kehadiranku saat itu…nampak sedikit ketidaksenangan dengan kehadiranku..


“Dira..kenapa tak telefon nak datang…”


“Kenapa…sudah tanggungjawab seorang isteri menunggu kepulangan seorang suami kan..Awak tak perlu susah-susah nak berlakon lagi..Zaf, Dira dah tak sanggup nak jadikan kehidupan Dira sebagai lakonan..Esok Dira akan usulkan pada pada mama supaya hasrat Zaf untuk ambil Natasya jadi isteri..”


Zaf tidak terkata, cuma kelu seribu bahasa..Ya, itulah apa yang dia kehendaki dari Dira selama ini..tetapi bila saat ini tiba..Zaf terasa dia tidak berpijak di bumi yang nyata..malah kata-kata Dira amat berlainan seperti biasa…Malah Dira mengambil tempat tidurnya..kebiasaannya..dia akan tidur di sofa dan Dira di atas katil..tetapi sekarang situasinya berbeza..


“Ma…Dira ada sesuatu nak cakap dengan mama..”


“Em..”


“Mama tentu sunyi kan sebab tak ada cucu…”


“Tu lah…Dira kerja jauh sangat..cuba lah tukar tempat kerja..tak pun berhenti kerja..Zaf tu dah cukup mampu nak tanggung Dira..”


“Apa kata mama izinkan Zaf kahwin lain..”


“apa!!” nyata mama terlalu marah dengan usulku..


“Kenapa Dira boleh fikir cadangan yang mengarut ni..ya mama teringin sangat nak bercucu..tapi dari darah yang mengalir di badan Dira dan takkan perempuan lain..”


“Tapi ma..kita kena fikir juga perasaan Zaf…”


“Habis perasaan Dira..”


“Dira izinkan Zaf kahwin ma..”


“Ni mesti Zaf yang suruh Dira pujuk mama…ni mesti perempuan sundal tu punya pasal kan!!” marah mama lagi..


“Zaf dan Natasya saling menyintai ma!!” mama membuka mata luas mendengar kenyataan yang terlepas dari mulutku..Ya, aku tersilap bicara yang membuatkan mama naik angin..


“Zaf suami Dira..bukan suami Natasya!!” marah mama..


“Ma…6 tahun kami kahwin ma…tapi, Dira nyata bukan pilihan Zaf..Dira terima ma..”


“Dira..kenapa Dira nak mengalah sekarang…Dah 6 tahun Dira..takkan Dira sedikitpun tak mahu pertahankan hak Dira..”


‘Ma…apa daya Dira..Dira perempuan ma…sekuat mana pun Dira dan setabah mana pun Dira…ada batasnya..Dan batasan itu telah rapuh bila kehilangan abah..satu-satunya insan yang dapat memujuk dirinya dan membuatkan dirinya bertahan..sekarang sudah tidak ada lagi’


“Mama izinkan ya..” setelah aku merayu dan merayu..nyata mama semakin lembut..tetapi nyata mama terluka..dan aku ditinggalkan keseorangan di rumah besar ini…


Sejam kemudian zaf pulang dan perkara yang pertama yang ditanyanya…


“Mama izinkan tak Dira??” aku yang ketika itu baru selesai solat zohor menarik nafas panjang-panjang…Dan aku mengucup tangannya, dan nyata dia terkejut…hilang terus pertanyaannya tadi..


‘Betapa cintanya kau pada Natasya, Zaf…yang nyata saat itu..hatiku sudah hancur lebur…dan kali ini aku nekad!!!’


“Duduklah dulu…Zaf dahaga..nak Dira buatkan air..” layanan yang tak pernah aku berikan sekiranya kami hanya berdua..dan nyata membuatkan Zaf semakin pelik…


‘tahap keleburan hatinya sudah tak terperi…ya, hidup Zaf hanya ada Natasya!! Tak akan ada perempuan lain lagi..aku jauh sekali’


“Zaf nak tahu sama ada mama izinkan Zaf kahwini Natasya atau tidak kan??” Dira bertanya bila Zaf seakan tidak sabar-sabar untuk tahu..


“Dira dah cuba pujuk mama..selebihnya..Zaf dan Natasya sendirilah yang berusaha..Dira lakukan apa yang patut…Kalau Zaf ngan Natasya kahwin..dan berikan mama cucu…rasanya mama akan gembira..dan Dira akan gembira sekiranya keluarga ni gembira…”


“Terima kasih Dira..” ya, mana mungkin Dira boleh lahirkan mama cucu sekiranya Zaf sekalipun tidak pernah menyentuh Dira…


“Dira dah buat apa yang Zaf nak..sekarang..Dira nak Zaf tunaikan apa yang Dira nak!!”


“Ok..apa dia!!”


“Ceraikan Dira!!”


Terasa bergegar dalam kepala Zaf mendengarkan perkataan cerai yang disebutkan Dira..


“Apa!! Ulang balik apa yang Dira kata”


“Ceraikan Dira!!” Tenang sahaja ayat itu menyusur keluar dari mulut Dira..Ya, Dira tahu bergegar tiang arasy jika seorang isteri menuntut cerai..


“Apa yang Dira minta ni…mana mungkin Zaf ceraikan Dira..”


“Habis Zaf nak gantung hidup Dira sampai bila?? Ada suami tapi hakikatnya Dira memang tak pernah ada suami..hanya sekadar atas kertas…Zaf dah temui bahagia Zaf…biarkan Dira mencari bahagia Dira!!”


“Zaf tak akan ceraikan Dira..tak akan!!”


“Kenapa tak mahu ceraikan Dira..kalau Zaf tak mahu…Dira akan minta fasakh dari mahkamah..Dira ada sebab yang kukuh..tapi Dira tak mahu bawa kes naik mahkamah..sebab tu Dira minta Zaf ceraikan Dira sebelum keadaan bertambah buruk..”


“Zaf tak akan ceraikan Dira dan Zaf tak izinkan Dira minta fasakh…”


“Kalau Zaf tak mahu ceraikan Dira..baiklah…tapi hak Dira boleh minta fasakh..biar mahkamah tentukan sama ada Dira atau Zaf yang betul…Zaf tak ada hak nak halang Dira..”


“Zaf ada hak sebab Zaf suami Dira!!”


Dira mengeluh!! Nampaknya Zaf nyata tidak mahu melepaskan Dira…Nampaknya, tiada persetujuan akan berlaku antara Zaf dengan Dira…


Kerana tidak tahan lagi Dira mahu cepat-cepat keluar dari bilik itu namun Zaf bertindak di luar jangkaan dan memeluknya dari belakang..


“Dira kata Zaf tak ada hak ya..ok sekarang Dira akan tahu apa hak Zaf sebagai suami!!” Senang saja Zaf merangkul tubuh Dira yang kecil itu lalu ditolak ke katil…


“Apa Zaf nak buat ni!!”


“Zaf nak jalankan hak Zaf pada seorang isteri” Dira berundur dan berundur namun belum sempat dia menuruni katil..Zaf sudah menindih tubuhnya dengan kasar..


“Zaf…jangan buat Dira macam ni..kalau Zaf marahkan Dira..Dira minta maaf..tapi jangan buat Dira macam ni..” Dira merayu apabila dia terperangkap dengan tubuh Zaf…Pujuk rayu Dira tidak memberi sebarang kesan pada Zaf..akhirnya hanya air mata menemani Dira saat Zaf rakus menodai tubuhnya…Mahkota yang selama ini terjaga elok oleh Dira..akhirnya untuk suami Dira juga tetapi bukan dengan kerelaan Dira..


..akhirnya Dira ditinggalkan keseorangan di bilik itu…


Dira mengambil kain untuk menutupi badannya saat itu yang tanpa seurat benang..tetapi bila dia terlihat tompokan darah di atas cadar katil mewah itu..air mata yang tadinya sudah kering kembali menitis….Lama Dira di bilik mandi..terasa benci dengan dirinya sendiri…dan akhirnya selepas 2 jam dalam bilik mandi..Dira mengemas bajunya dan meninggalkan rumah besar itu….


6 comments:

  1. eee..geram tul ngn zaf...selfish tull.nk dira nk natasya...adoyai..geram tul ni...

    ~ soory cik writer, emo plak pepagi ni..next :D

    ReplyDelete
  2. sedihnya apa yg berlaku pd dira. apelah nk
    jadi dgn zaf ni kata cintakan natasya knp
    pula bila dira minta cerai dia tak mau
    ceraikan pula siap pula minta hak dia sebagai
    suami. tamak betul zaf ni ye atau dlm diam
    zaf sudah mula jatuh cinta pada dira? cpt
    sambung makin panas ni...ape agaknya akn
    berlaku seterusnya ye....kalau lihat pd
    tajuknya pun macam cerita sedih je....

    ReplyDelete
  3. benci3 zaf ..tamak.. ego.. x cintakan dira tp x nak ceraikan.. eee..... geram....sian dira... tuntut jer fasakh....

    ReplyDelete
  4. adoi.... takpe dira... awak fasakh jer perceraian awak tu!!!! jgn perdulikan perasaan zaf tu lagi... kelak zaflah orang yang paling menyesal... tapi semoga penyesalan zaf itu berlaku sebelum perkahwinan keduanya... taknaklah watak hero menyesal setelah sudak berkahwin dengan orang lain then, cerai dgn org tu, then barulah tercari-cari, terayu-rayu kat dira.. eeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiii....... hate so much.....................

    ReplyDelete
  5. eeeiii!!!Geramnya ngan Zaf ni!!nak cekik2 aje rasa!!Memang watak nama Zaafran ni perangai sengkek gini ek? Awin tanya aje sbb novel awin pn ada watak Zafran n perangai lebih kurang cm ur Zaf ni!!hheehheee...

    Best2...nk lg!

    ReplyDelete
  6. Shamien...

    tau takpe....
    eeeeeeiiiiiiiiiiiii....
    grrrrrrrrrrrrr...
    gerrrrrrrrrrrrrrraaaaaaaaaammmmmmnyaaaaaaaaa!!!

    jgnlah bagi zafran kawen ngan natasya....

    bagilah zaf menyesal sebelum sempat berkawen ngan tasya...

    I hate poligamy tapi dalam novel jelah ea.. bukan nya hate poligami in real, takut pulak menidakkan perlakuan rasul...

    no...

    just dalam novel jer.. net in real one....

    so....

    plis sgt2 author!!!!!!

    jgn bagi zaf tu kawen ngan tasya... buatlah inseden yang membuatkan zaf menyesal yg teramat sebelum menikah ngan tasya...

    atau lebih baik jgn bangkitkan hal kawen tu at all.. tapi mustahil kalau buat camtu...

    jadi tak menarik plak plot citer ni nanti....

    ReplyDelete