Monday, July 6, 2009

Ada Untukku

Di mana ingin ku melarikan diri sekiranya dia sejak kebelakangan ini sering wujud di depanku..Suratan hidup menemukan aku dengan Adie sebagai kekasih..dan sekarang dia bakal menjadi tunangan saudara terdekatku…darah dagingku sendiri..kakakku..Safiyyah Ainsyah.

Memang kalau hendak dibandingkan antaraku…bagaikan langit dengan bumi bezanya..perwatakannya penuh dengan kesopanan dan tatasusila seorang perempuan..namun tidak aku..Kakakku terdidik dengan perilaku lembut..sopan, berbudi bahasa dan lengkap pakejnya sebagai seorang perempuan manakala aku sebaliknya..Kerana kelemahanku inilah aku ditolak mentah-mentah oleh keluarga Adie…..Kukira dengan perpisahan antara aku dengan Adie akan melenyapkan dia dari diari hidupku sekaligus menjarakkan hubungan yang tiada makna ini tetapi betapa terkejutnya aku bila aku tahu tunang kakakku adalah Adie..Salahku juga kerana aku tidak mengambil tahu siapa bakal iparku..yang nyata sekarang sudah terlambat untuk aku terangkan segalanya..Lantas kudiamkan diri ini..dan kerana itu jugalah aku selalu mengelakkan diri sekiranya ada acara keluarga yang melibatkan keluarga Adie dengan keluargaku…

Aku mengasingkan diri dan perlahan-lahan aku merubah diriku untuk lebih baik..dan sekarang penampilanku juga berubah..tiada lagi baju dan seluar yang tidak cukup kain..dan auratku terjaga kini..
Aku berubah kepada kebaikan atas dorongan teman rapatku..
Sudah lama berlalu dan nyata aku tidak selamanya dapat mengelak dari bertemu Adie…
“Sofi..”
“Adie..apa khabar?” Kuajar diriku menjadi insan yang berhemah, berkat nasihat daripada rakan baikku sendiri yang selalu mendorongku malah ahli keluargaku sendiri terkejut dengan perubahanku yang sedrastik ini..
“Macam mana hidup you sekarang Sofi?”
“saya baik..alhamdulillah..Adie apa khabar?” mungkin kata-kataku membuatkan dirinya terkejut..kalau dulu sudah jenuh dia menasihatiku supaya berlemah lembut..nyata tak berhasil..
“You look different”
“Semua berubah..saya berubah..awak pun berubah..Asalkan untuk kebaikan..tak salah kan??”
“You tak sedih..kita berpisah begitu sahaja dulu?”
“Sedih…memang sedih. Mungkin itu dugaan untuk kita..jodoh, pertemuan..hidup, mati..semua di tangan yang maha Esa..Sofi harap Adie bahagia dengan hidup Adie sekarang..Adie bertuah mendapat tunang sebaik Kak Safi..”
“You kenal..Safi??”
“Lebih dari kenal..Sofi doakan Adie bahagia..Sofi ikhlas…kisah dulu, biarlah kita kuburkan sahaja..baik untuk kita semua”
“You nampak semakin tabah sekarang..”
“Ya…seharusnya Sofi ucapkan terima kasih pada Adie kerana memutuskan hubungan kita dahulu..Bukan niat Sofi untuk memerli Adie..jauh sama sekali..Ya, tipulah kalau Sofi cakap Sofi tidak terasa apa-apa..tapi sekarang Sofi redha…malah terasa tenang kini”
“I..I sebenarnya masih sayangkan you Sofi”
“Sayang tak semestinya bersatu…Sofi sedar itu selepas kita berpisah..Sofi pinta, hilangkanlah rasa sayang itu dan berikanlah kepada insan yang layak menerimanya daripada Adie..”
“apa kata kita kahwin Sofi” lantas saje pandangan mataku tepat ke mukanya..dengan kata lain..terlalu terkejut..
“Adie..cukuplah Adie mainkan perasaan Sofi..cukup!! Sofi sekarang sudah lain..Masa yang berlalu tak boleh diputarkan balik..Terimalah kenyataan bahawa antara kita sudah lama berakhir..”
“Tapi I tak sayangkan dia..I sayangkan you!!”pedihnya hatiku mendengarkan kata-kata daripada Adie..Sekarang aku lebih sedih kerana ‘dia’ yang dimaksudkan itu adalah kakakku sendiri..
“Adie..kenapa pendirian awak selalu berubah..banyak perasaan yang akan terluka nanti!! Dulu awak boleh putuskan hubungan kita dalam sekelip mata..saya terima..tapi sekarang kalau awak kata menyesal..saya rasa awak memang tak patut…awak tu tunangan orang..dan kalau awak nak tahu lagi, tunang awak tu adalah kakak saya!! My own blood..Awak boleh sakiti saya, tapi bukan Kak Safi!!”
Aku menangis!!kenapa harus jadi begini!!

Kukira..ceritaku dan Adie akan tamat begitu saja..tetapi mengapa dia sengaja menoreh kembali luka lama itu..Tanpa aku sedar, ia membawa kepada terputusnya pertunangan Kak Safi…Lelaki senang dalam membuat perhitungan..dan mangsanya..seorang wanita!!
“Sofi..ada orang datang merisik Sofi seminggu yang lepas” Aku yang waktu itu sedang menonton terasa kepalaku dihempap batu besar..
“Merisik..un..untuk Sofi?”
“Em..ibu ingat majlis kahwin yang tak jadi tu kita ganti dengan majlis Sofi ya!! Sebab ibu dan papa dah terima!!”
Adakah ini yang perlu aku tempuhi sebagai penyelesaian untuk mengelak dari Adie..Adie kini selalu mengejarku..tetapi bagiku..antara kami sudah tidak mungkin bersama.
“Ibu..mana mungkin Sofi macam ni..Sofi muda lagi!!Lagipun Sofi mana kenal pun!!”
“Ibu dah minta pun mama Hairi pertemukan kamu berdua..Esok Sofi keluar dengan Hairi ya!!”
Siapa pulak Hairi ni!!
***************

Kacak betul si Hairi ni..mahu cair hati aku yang satu ini, tapi untuk aku mengahwininya terasa jauh panggang dari api.
“Kenapa ya..Sofi sekarang menjadi seorang yang begitu pendiam!!” Aku telan air liur..Mana pula dia tahu aku ni jenis yang pendiam..Lagaknya..macamlah dah kenal aku lama.
“Tak sangka bila dah lama tak bertemu dengan Sofi..Sofi jauh berubah..semakin ayu….cantik..sejuk mata memandang”
Sepatah demi sepatah pujian yang Hairi berikan cuma membuatkan aku semakin sesak nafas..
“Mana Hairi tahu tu semua..Hairi memang dah lama kenal dengan keluarga Sofi?” potongku supaya nafasku yang tadi sesak tidak semakin sesak..
“Dulu..lama dulu..tapi Hairi lebih kenal Sofi daripada keluarga Sofi..Sofi yang dulu selalu berlagak macam budak lelaki dan selalu buli abang!!”
‘Aduh!!Bila masa pulak aku jadi kaki buli ni..tapi….Buli? Abang? Takkanlah dia…
“Tapi sekarang abang akan pastikan Sofi takkan buli abang lagi!!”
“abang Iz..” itulah nama panggilannya dulu..Hairi Izham..
“Ingat Sofi dah tak ingat dah pada abang!!”
‘Mana mungkin aku lupa pada budak lelaki yang selalu temankan aku main bola sepak..masuk hutan!! Ingat-ingat balik, buat malu aje. Ye la..mainnya lasak mengalahkan budak lelaki!!’
“Sekarang main bola sepak lagi ke?atau sering paksa orang masuk hutan??”
“Sekarang dah tak boleh…lama dah tak buat macam tu, ibu marah!!tapi kalau masuk hutan tu..ada jugaklah…tapi ramai-ramai”
“That’s my girl..I miss it so much..nanti-nanti kita masuk hutan sama-sama ya!”
“Tak boleh!!nanti ibu marah” dan dia ketawa senang
“Sofi…abang ikhlas mahu ambil Sofi sebagai isteri..Sofi macam mana?”
“Se..sebenarnya semua ni datang mendadak aje..Terus terang Sofi katakan, Sofi belum bersedia..Malah Sofi yang abang kenal dulu dan Sofi sekarang jauh berbeza”
“Tapi bagi abang..Sofi tetap Sofi..”

Setelah yakin dengan keputusan yang akan kuambil..akhirnya aku nekad menerima Hairi sebagai teman hidupku. Bagiku, pilihan mama dan papa adalah keputusan yang tepat untukku. Dan Kak Safi nyata gembira dengan keputusanku ini walaupun impiannya baru sahaja hancur. Tidak kusangka selepas itu kunjungan keluarga Adie yang tiba-tiba itu membuatkan hidupku huru-hara malah semua rahsia aku dan Adie terungkai sudah. Nyata ia mengejutkan mama,papa serta Kak Safi..malah tempiasnya sampai juga pada tunanganku… Puas mama dan papa memarahiku kerana berahsia..kuingatkan hidupku akan dilanda gelap segelapnya namun, jauh dari jangkaanku…mama dan papa lebih menerima penjelasanku dari segala-galanya malah Kak Safi pula menyalahkan dirinya kerana merampas Adie padaku..namun..Kak Safi bukan perampas..dia adalah mangsa keadaan..Papa dan mama pula kini meletakkan segalanya kepadaku sama ada aku mahu Adie sebagai teman hidupku atau Hairi…

“Sofi minta maaf sekiranya kisah silam Sofi mengecewakan abang Iz..Sofi tak salahkan abang Iz sekiranya abang Iz marah atau berdendam dengan Sofi”
“Abang tak kisah tentang kisah silam Sofi..Cuma abang ingin tahu, adakah abang ada di hati Sofi…atau abang sekadar penyelamat keadaan??”
“Abang Iz mahu tahu yang benar??”
“Ya..walaupun ia amat menyakitkan…abang akan terima”
“Ya..abang sekadar penyelamat keadaan..”
“Cukup!!”
“Sofi belum habis lagi!!”
“Abang penyelamat, abang pelindung..dan abang jugalah yang ada di hati ini”

Ya..itulah kebenarannya..Semuanya kerana Adie..Jika tidak kerana Adie aku tidak akan menyedari hakikat ini..Ternyata Hairi Izham tercipta untukku…

2 comments:

  1. wah bgs2..i mmg nk die ingat iz pn..
    coz nmpk iz tu baik je...

    ReplyDelete
  2. best gak citer ni..
    well ader perkembanganlah...
    leh jd pemint setia blog ni..
    hehehehehe:D

    ReplyDelete