Saturday, October 30, 2010

Jodoh antara kita

Entahlah kenapa semua orang suka couple…bagiku, itu semua kerana jiwa remaja..namun tidak bagiku..bukan aku tak tertarik dengan mana-mana lelaki, tetapi hakikatnya aku tidak menjurus kepada itu..aku pun normal seperti orang lain..suka lihat lelaki yang berkeyakinan tetapi tidaklah sampai hendak couple..antara ramai kawan-kawanku majority tak percaya bila aku kata aku masih single..katanya aku saje perasan single..sehinggakan aku yang bergayut dengan mama di setiap hujung minggu pun dikatakan pakwe aku…mana taknya, mama selalu call aku sebab papa sering outstation…aku dengan duniaku sehinggalah mama mengutarakan perkara yang tak pernah terfikir olehku..
“Idya balik ya hujung minggu ni..mama ada berita baik untuk Idya..”
“Mama ni kan suspen aje…tengoklah macam mana, Idya tak janji..ok ma, Idya nak keluar lunch ni..bye..love you..”
…………………………….
Kejutan yang mama bagi adalah ada orang datang merisik..’Mak ai..tak ada angin tak ada ribut..tiba-tiba ada kumbang yang kacau daun..
“Ma..mama sedar tak..umur Idya baru 21 tau..belajar pun tak habis lagi..nak kahwin..nanti haru hidup Idya nanti..”
“Alah sayang…Idya kenal dulu dengan Ilham..mama berkenan sangat dengan budak tu..dah kerja..baik budi pekerti..dan yang penting..handsome lagi..”
“Mama ni kan…Idya kenal pun tak Ilham tu..tup..tup mama suruh Idya kahwin..”
“Tak salahnya kahwin awal..jangan jadi macam mama…awal-awal tak nak anak..nasib baiklah mama ada Idya..kalau Idya kahwin awal..nanti ramailah cucu mama..tak adalah mama sunyi..”
“Mama!!”marahku..apa taknya..tadi baru suruh kahwin..ni siap dengan anak lagi..mama ni biar betul..nak suruh heboh satu university agaknya..orang yang terkenal dengan status singlenya antara yang paling cepat kahwin..
“Mamanya..kalau Idya tak nak..janganlah paksa..” tegah papa..
“Alah papa pun..hari tu dia pun beria-ia…ni tak setuju pula..”
“Habis yang tuan badan tak nak..takkan nak paksa pulak..dia yang nak kahwin..nanti tak pasal-pasal anak awak ni lari sebab awak paksa..”
“Alah..mama just cuba nasib aje..lagipun Datin Azah tu beria-ia nak cari menantu untuk anak teruna dia yang baru balik oversea tu..dan kebetulan dia tanya mama..jadi mama cakaplah pasal Idya..tak sangka malam ni dia nak datang sekeluarga..”
“Apa ma..nak datang?? Mama ni sengaja kan..Idya nak balik kolej sekarang jugak..Idya tak kira..” protesku…namun ugutanku hanya sekadar ugutan…
Malam tu Datin Azah, suaminya dan anak terunanya datang berkunjung..dan aku dipaksa memberi senyuman plastik…dan saat yang paling aku benci bila aku ditinggalkan berdua dengan Ilham..entah ke manalah mereka pergi..
“So..youlah Idya…”
‘Heh mamat ni…I you lah pulak…perkataan yang tak gemar aku guna..nak jadi mat saleh konon’ kutukku dalam hati..tapi memang dia ni baru balik dari sana pun..
“Tak sangka..gadis moden macam you ni rupanya masih ikut cara lama..setuju dengan jodoh aturan keluarga..” berdesing terasa telingaku..sedap hati aje kata aku ni ketinggalan zaman..mat saleh celup ni..tak boleh tapis ke ayat bila nak cakap dengan orang..namun aku sabarkan hati..
“Saya rasa tak salah kan..tak semestinya gadis yang moden sudah hilang adat melayunya..nak ikut cara lama tak ada hal pada saya..” Ilham tersenyum tiba-tiba..gadis melayu rupanya..sudah lama dia tidak bercakap dengan gadis yang masih pentingkan adat pada zaman sekarang.
“Umur you berapa?” itu pula yang ditanya…
“Kenapa…awak rasa saya terlalu tua ke sampai family yang uruskan saya punya wedding..”
“No..not like that..just, I rasa you terlalu muda untuk ada komitmen…lagipun I sekarang belum fikir untuk kahwin..sekarang I just nak concentrate in my job..”
“That good..” tiba-tiba Idya menjampuk..dan Ilham pelik..
“Jadi awak tak ada hati untuk terima..maksud saya kahwin untuk masa sekarang..”
“The truth is..yes!!”
“Yahoo…ni yang suka nak dengar ni…kenapalah tak cakap awal-awal..Idya baru nak buat gimik supaya awak lari terus..supaya tak berkenan langsung nak dijadikan calon isteri…”
“what?? Jadi you pun tak setuju dengan apa yang parent kita rancang..”
“Yalah..Idya kan masih study lagi..nanti tak pasal-pasal kena berhenti study sebab ni..” aku buat gaya wanita mengandung gitu..dan Ilham tergelak..
“Kalau you berterus terang dari awal kan senang..I pun baru nak buat perangai supaya you tak suka I..”
“Maknanya kita seri kan..” dan Ilham mengangguk..
“Study kat mana?”
“Idya taklah bijak macam awak boleh study kat oversea…kat UTM skudai je..sekarang tahun 2..ada lagi setahun..”
“Coz apa?”
“architecture..”
“That good..same field with me…tapi master I ambil business management..”
“Dah ada master..wah..tak sangka..boleh Idya tahu umur berapa??”
“28..”
“Muda lagi..habis kenapa your mum dah suruh kahwin..”
“Mummy cakap I kerja tak ingat dunia..taksub..”
“Ooo..no wonder lah..tapi yang pasti siapa yang jadi isteri awak akan merana la dapat husband workaholic…”
“Kenapa..berminat..”
“oo..sorry..tak berminat..” dan kami tergelak..
………………………….
Kami terputus hubungan sehinggalah tiba-tiba nombor asing tertera di handphoneku..
“Assalamulaikum..”dan salam itu ku jawab..
“Remember me…” tanyanya tiba-tiba..
“Siapa ya!!”
“Bakal suami awak!!”
“What!!”marahku..
“Coollah sayang..I lah, Ilham…” siapa ni siap sayang lagi..
“Ilham mana?”
“You ni rupanya garang jugak..Ilham mana lagi yang you kenal..”
“oo..Ilham yang tak jadi nak kahwin hari tu ke..?”
“Kita sampai nak kahwin ke?”
“Maybe kalau kita ikut je..”
“Kalau macam tu..I melepaslah kan..” dan aku tergelak..”Tau tak apa..so, apa cerita tiba-tiba muncul ni..takkan rindu kat Idya kot..”
“ni..my mum ni..tak habis lagi..katanya kalau I tolak you..dia nak carikan orang lain untuk I..” dan aku tergelak lagi..
“So..kenapa..awak dah patut kahwin pun..” dan aku tergelak..
“Em..saya akan kahwin..tapi dengan awaklah..”
“Eii..pleaselah..Idya tak kan kahwin selagi tak habis belajar..”
“See..samalah macam I..I tak akan kahwin selagi I tak bersedia..”
“Cakaplah kat your mum elok-elok..”
“Mujurlah kalau dia nak dengar..” dan aku tergelak..
“You boleh gelak..nanti kalau you yang alami..tengoklah..”
“Eh janganlah..dari kahwin dengan orang yang Idya tak kenal..baik kahwin dengan awak..”
“See..kita sependapat untuk ini..”
Dan sejak itu kami rapat..kerap kali jugaklah dia turun ke Johor semata-mata untuk berjumpa denganku sehinggalah menimbulkan syak dari kawan-kawanku..ya lah..mereka semua majority couple dengan sesama student..tiba-tiba aku datang berjemput dengan Merz lagi..mana mereka tak pelik..
Genap enam bulan kami rapat…mama membawa berita baru..ada lagi rombongan datang merisik siap dengan cincin lagi untukku….puas mama memujukku untuk terima dan aku berkeras untuk tidak menerimanya..Malam tu entah apa mimpi Ilham..dia menelefonku..biasanya dia lebih gemar menelefonku di hujung minggu..
“Kenapa I call you tak angkat..”
“Idya..Idya..tak boleh nak angkat..kepala ni berserabut..”
“Kenapa lain semacam je I dengar suara you..you baru lepas menangis ke?” tekanya sambil tergelak-gelak..namun kesenyapan Idya menyebabkan Ilham terhenti ketawa..
“You ada masalah ke?”
“Ya…very big trouble..you pun tak boleh tolong kalau I cerita..”
“Ceritalah..I tolong kalau boleh..”lama baru aku memperolehi kekuatan..
“Mama paksa Idya terima pinangan orang yang datang merisik..”
“What!!!” tiba-tiba suara terkejut Ilham kedengaran dan selepas itu talian putus…
Aku hanya memandang telefonku pelik..apa kena dengan dia ni..aku yang ada masalah..dia yang lebih..kata nak tolong..dan aku menghilangkan kerisauanku dengan tidur..sehinggalah aku di kejukan Ita..roomateku..
“Idya…buah hati kau tunggu kat luar..” aku yang masih mamai..hanya menyambung tidurku balik..
“Heh..Idya..buah hati kau tu dah risau semacam kat luar tu boleh lagi kau tidur..”
“Siapa??” tanyaku hairan..
“Tu..yang bawa Merz tu…” dan tiba-tiba rasa mengantukku hilang..apa kes dia datang tiba-tiba ni..ku lihat jam..takkan secepat ni dia boleh datang dari KL..dia terbang ke apa?
……………………………….
“Kenapa datang tiba-tiba..takkan sebab Idya kata Idya ada masalah sampai awak berkejar ke sini…Dah pukul 1 pagi ni awak..awak sedar ke tak..”
“Sebab saya sedarlah saya datang..saya nak berterus-terang dengan awak..saya cintakan awak..saya tak nak awak bertunang dengan orang lain..awak pun kata daripada awak terima orang yang awak tak kenal awak rela terima saya kan..” Aku kelu tak terkata dengan luahan hati Ilham..namun lama kelamaan Idya mengangguk..tanpa sedar Ilham tersenyum bahagia…
……………………………………
3 bulan kemudian Idya dan Ilham disatukan…
Entah bagaimana Ilham memujuk mamaku dan papa…dan akhirnya kami disatukan juga kerana mungkin tersurat jodohku dengan Ilham Fazrul..sekarang ni Ilham tak lagi kuat bekerja seperti waktu bujangnya kerana itu adalah syarat yang ditetapkan mummy untuk menyatukan kami berdua…dan yang menjadi mangsa sekarang adalah akulah…kenapa?? Sebabnya dia kata boring bila tak kerja lebih masa..ada kalanya apabila aku ada kelas malam..dialah penemanku..siap masuk kuliah aku lagi sehinggakan pensyarah yang mengajar aku tu pun dan jadi bestfriend dia..mana taknya..memang kawan Ilham waktu study dulu..apa lagi..akulah sering menjadi mangsa usikan..kadang-kadang malu juga aku…
Aku masih seperti biasa sehinggalah apa yang aku bimbang terjadi…
“Sayang…kenapa abang tak boleh temankan sayang..tell me..apa salahnya…”
“Alah…abang ni…Idya bagi abang kerja macam dulu tak nak…tak payahlah temankan Idya…kita boleh jumpa hujung minggu apa..”
“Hah..banyak la alasan…dah dua minggu abang tak jumpa Idya tau..abang suruh balik tak mahu..kata ada assignment la..projek la…abang tanya kawan-kawan Idya..mereka kata Idya dah hantar awal-awal semua tu..”
‘Adoi..menyesal aku siapkan kerja awal-awal..kan dah kantoi…’
“Idya tipu abang ya…” dia paksa aku memandang matanya…ini yang buat aku lemah ni..namun bila dia ingin memelukku…aku mengelak..
“Kenapa dengan Idya ni..kenapa abang rasa Idya sengaja elakkan diri dari abang…tiap kali abang dekat dengan Idya mesti Idya lari dari abang..Idya masih tak dapat terima abang ke…” tanyanya sayu…sebenarnya aku pun rasa serba salah buatnya sebegini..tetapi aku terpaksa..
“Kalau Idya tak suka abang datang..baiklah.abang tak akan datang…dan abang tak akan kacau Idya study..biar abang sakit hati begini…” Ilham berpaling dan menuju ke kereta…dia tidak boleh bercakap elok lagi dengan Idya..takut dia hilang sabar…namun belum sempat Ilham menaiki kereta..Idya memeluk Ilham dari belakang…
“abang marah Idya ke…Idya minta maaf…” Ilham hanya senyap sambil mengeluh panjang..”Idya sayang abang…sejak abang ambil keputusan terima Idya..hanya abang di hati Idya..tapi..maaf, memang Idya tipu abang..sebab Idya takut…” Ilham sudah memusingkan badan mengadap Idya..
“Takut..Idya takut apa??” Idya hanya senyap menyebabkan hati Ilham tak senang..
“Idya Adreena…”
“Idya takut Idya mengandung…” dan jawapan itu menyebabkan Ilham tergelak..menyebabkan Idya marah…”Ini yang Idya marah ni…jahat la abang ni…”
“Apa salahnya kalau Idya mengandung..kita kan dah kahwin..normal la tu..abang pun suka..”
“eii..bencilah dia ni..Idya takut tau..macam mana dengan study Idya..macam mana..”
“Idya ni kan..buat apa rungsing sangat ni…patutlah bila abang datang dekat Idya, Idya nak lari..sebab takut mengandung ke?” Dan Ilham tergelak lagi…
“Bencilah..pergilah balik…menyesal Idya pujuk tadi…last-last gelakkan orang pulak..” Idya sudah berura-ura nak masuk dalam asrama…
“Ok..ok..serius…habis takkan lah Idya tak bagi abang sentuh Idya langsung..lagipun sayang..apa salahnya kita ada anak?”
“Sebab Idya tak habis study lagi..”
“So…habiskanlah study..abang tak halang pun…”
“Masalahnya..dah hampir 2 bulan Idya tak datang bulan..” dan aku menekup mulut kerana membocorkan rahsia ini..memang aku tak pasti aku mengandung atau tidak..tapi aku tahu mesti ada yang menghalang pembelajaranku di sini jika hal ni dibocorkan…
Ilham sudah mengerutkan dahi kerana keceluparan mulutku ini…
“Dah dua bulan…maknanya Idya mengandung??”
“Eh..tak lah..mungkin lambat datang kot..”
“abang tak kira..jom kita pergi klinik..”
“eh..tak nak lah..”
“Abang kata jom..cepat masuk kereta…”
“Idya tak apa-apa…”
“Memang pun..cepat..masuk..”
Dan akhirnya..
“Tahniah Encik Ilham..isteri anda mengandung 2 bulan…” dan aku terasa kepalaku dihempap batu..

6 comments:

  1. hahhaha....
    dah rzki...
    trma je la....
    best2x....

    ReplyDelete
  2. aduhh..lwk la cta ni..
    best je...:P

    ReplyDelete
  3. eiiii bestnye citer neh.....ske jeee denga bile idya tu menggelarkan diri die idya dekat ilham.......hehehehehe.....citer neh ade sambungan keeeee....kalo ade buat laa lagi...tapi kalo x dew pon cube cube laaa adekannn.... hehehehehe.... name adek kite pon ilham tapi die perempuan laaa :)

    ReplyDelete